Transformasi Tadbir Urus Korporat Institusi Zakat Di Negeri Pahang Darul Makmur: Cabaran dan Prospek

Wan Nazrul Helmy, Wan Mohd Zain and Asraf, Ahmad (2015) Transformasi Tadbir Urus Korporat Institusi Zakat Di Negeri Pahang Darul Makmur: Cabaran dan Prospek. In: Prosiding NCOZ 2015 - Persidangan Zakat Dalam Pembangunan Ekonomi Peringkat Kebangsaan 2015 = National Conference On Zakat and Economic Development 2015, 1 June 2015 , Kuantan, Pahang. pp. 323-340..

[img] Pdf
Transformasi tadbir urus korporat.pdf - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (262kB) | Request a copy
[img]
Preview
Pdf
fim-2015-helmy-Transformasi Tadbir Urus.pdf

Download (263kB) | Preview

Abstract

Sifat kenegaraan Malaysia sebagai sebuah Persekutuan yang dibentuk oleh tiga belas buah negeri turut mencorakkan kerangka sistem perundangan dan perlembagaannya dengan memperuntukkan agihan kuasa bagi perkara-perkara khusus untuk Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan perkara-perkara yang ditadbir bersama oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Kerangka perundangan dan perlembagaan yang berasaskan semangat federalisme ini menjamin hak dan kedaulatan negeri-negeri dalam konteks urus tadbir tertentu dan pada masa yang sama membolehkan negeri-negeri menikmati manfaat daripada kedudukan mereka dalam Persekutuan. Institusi zakat yang merupakan sebahagian daripada undang-undang Islam adalah salah satu daripada tiga belas perkara yang diperuntukkan oleh Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan sebagai Senarai Negeri, sekaligus memberi kuasa mutlak kepada negeri-negeri untuk menggubal undang-undang, dasar dan struktur urus tadbir pengurusan zakat mereka. Realiti perundangan ini telah menyebabkan kewujudan pelbagai model tadbir urus zakat yang berbeza antara setiap negeri, termasuklah di Pahang Darul Makmur. Walaupun kepelbagaian model ini membolehkan setiap pihak berkuasa negeri berkreativiti dalam inovasi sistem operasinya, namun aspek penting yang memerlukan perhatian besar dan penekanan serius ialah keupayaan institusi zakat untuk beroperasi menurut prosedur dan amalan urus tadbir yang baik dan sistem penyampaian yang berkesan. Sesuai dengan peredaran zaman dan realiti semasa, operasi institusi zakat di Negeri Pahang Darul Makmur turut memerlukan sentuhan transformasi dalam konteks perundangan, struktur dan sistem penyampaiannya dengan satu model tadbir urus korporat baharu yang lebih kompetitif, efektif dan efisien. Justeru kertas ini akan mencadangkan model tadbir urus korporat tersebut serta menilai cabaran dari sudut perundangan dan prospek positifnya terhadap peningkatan keupayaan institusi zakat di Negeri Pahang Darul Makmur sebagai sebuah institusi ekonomi yang merakyat secara telus dan saksama.

Item Type: Conference or Workshop Item (Speech)
Additional Information: e-ISBN: 978-967-0691-47-3
Uncontrolled Keywords: Federalisme, institusi zakat, Perlembagaan Persekutuan , undang-undang Islam
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Faculty/Division: Faculty of Industrial Management
Depositing User: Mrs. Neng Sury Sulaiman
Date Deposited: 29 Jan 2016 05:23
Last Modified: 27 Oct 2023 03:56
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/11841
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item