Eufemisme Leksikal Dan Metafora Kematian Dalam Dialek Melayu Kedah

Noriah, Mohamed and Jamilah Bebe, Mohamad (2016) Eufemisme Leksikal Dan Metafora Kematian Dalam Dialek Melayu Kedah. Journal of Education and Social Science (JESOC), 4 (2). pp. 331-342. ISSN 2289-9855. (Published)

[img]
Preview
PDF
pbmsk-2016-noriah-Eufemisme Leksikal Dan Metafora Kematian1.pdf

Download (121kB) | Preview
[img] PDF
pbmsk-2016-noriah-Eufemisme Leksikal Dan Metafora Kematian.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (480kB) | Request a copy

Abstract

Makalah ini membincangkan tabu dan eufemisme dalam salah satu subdialek dalam dialek Melayu Kedah, persamaan, serta perbezaannya berbanding dengan bahasa Melayu standard. Tabu ialah kod bahasa (perkataan, frasa, ayat, dan lain-lain) yang ditegah, dilarang, atau diharamkan untuk diperkatakan pada masa atau tempat tertentu. Untuk mengelakkan penggunaan kod bahasa yang tabu ini maka eufemisme digunakan. Eufemisme ialah kod bahasa yang dianggap lebih baik, lembut, sederhana, sopan, tertib, dan menyenangkan bagi memperkatakan perkara yang dianggap tabu. Dalam kertas kerja ini, eufemisme yang dibincangkan berfokus kepada penggantian leksikal dan metafora (frasa) waimma eufemisme juga boleh muncul dalam bentuk ungkapan yang lebih panjang (ayat). Penggantian leksikal merujuk kepada penggantian kata dalam bentuk sinonim atau separa sinonim manakala metafora pula ialah pemakaian kata untuk menyatakan makna lain daripada makna biasa atau makna sebenar perkataan berkenaan menerusi perbandingan. Perbandingan eufemisme dalam kertas kerja ini memanfaatkan sebahagian gagasan idea pengelasan eufemisme oleh Saville-Troike (2003) dan dalam hal ini perbincangan berkisar sekitar eufemisme unsur kematian. Data dalam kertas kerja ini dipungut menerusi pemerhatian dan wawancara terhadap informan terpilih yang dilaksanakan di salah sebuah kampung di Kedah, iaitu Kampung Pengkalan Ikan Bilis, Sungai Lalang, Sungai Petani, Kedah. Data yang dirakamkan ditranskripsikan dan dipaparkan dalam bentuk ejaan biasa. Perbincangan menunjukkan bahawa eufemisme sebagaimana saranan Saville-Troike (2003) memang wujud dalam dialek Melayu Kedah untuk memperkatakan sesuatu perkara dengan cara yang lebih sopan. Namun demikian, sesuai dengan sifat dialek Melayu Kedah yang digunakan dalam kebanyakan situasi tidak formal, eufemisme dalam dialek ini menunjukkan persamaan dan perbezaan dengan bahasa Melayu standard.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: tabu, eufemisme, eufemisme unsur kematian, dialek Melayu Kedah
Subjects: P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Faculty/Division: Centre For Modern Languages and Human Sciences
Depositing User: Noorul Farina Arifin
Date Deposited: 13 Oct 2016 01:30
Last Modified: 13 Oct 2016 01:32
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/14754
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item