Pembangunan Model Penilaian Kurikulum Berteraskan Nilai Universal bagi Program Pendidikan Berasaskan Teknologi & Kejuruteraan: Satu Kerangka Konseptual

Rohana, Hamzah and Zulfadly, Othman and Hasnah, Hussiin and Zuraina, Ali and Nur Qistina, Abdullah (2017) Pembangunan Model Penilaian Kurikulum Berteraskan Nilai Universal bagi Program Pendidikan Berasaskan Teknologi & Kejuruteraan: Satu Kerangka Konseptual. International Journal of Humanities Technology and Civilization (IJHTC), 2 (1). pp. 50-61. ISSN 2289-7216. (Published)

[img]
Preview
PDF
Pembangunan Model Penilaian Kurikulum Berteraskan Nilai Universal bagi Program Pendidikan Berasaskan Teknologi & Kejuruteraan- Satu Kerangka Konseptual.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Penilaian kurikulum memerlukan model, panduan dan prosedur yang berkesan untuk dijadikan garis panduan dalam penilaian dan penambahbaikan sesuatu program pendidikan. Analisis penyelidik terhadap model-model penilaian kurkulum sedia ada didapati wujud kelemahan khususnya dari segi kejelasan kedudukan nilai ketuhanan dalam model yang dibentuk sebagai panduan kepada proses penilaian kurikulum secara keseluruhan. Justeru keadaan ini memberi inspirasi kepada penyelidik untuk membangunkan Model Penilaian Kurikulum Berteraskan Nilai Universal (MPKNU) bagi pendidikan dalam bidang teknologi dan kejuruteraan diperingkat pengajian tinggi. Oleh kerana Model Konteks, Input, Proses & Produk (KIPP) seringkali digunakan dalam bidang pendidikan tersebut, maka penyelidik memilih KIPP sebagai salah satu model rujukan. Manakala keunikan Model Kecemerlangan Prestasi Menyeluruh Berteraskan Nilai- KPKBN yang meletakkan penerapan nilainilai etika menjadi satu rujukan yang sangat komprehsif bagi membentuk kerangka penilaian kurikulum yang holistik. Manakala, asas penyatuan proses integrasi kedua-dual model ini dibina diatas Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang meletakkan elemen kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan sebagai matlamat utuh di dalam proses pendidikan negara.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Kurikulum; Pendidikan; Nilai; Penilaian; Teknologi; Kejuruteraan
Subjects: T Technology > T Technology (General)
T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General)
Faculty/Division: Centre For Modern Languages and Human Sciences
Depositing User: Mrs. Neng Sury Sulaiman
Date Deposited: 08 Feb 2018 05:59
Last Modified: 18 Jun 2020 05:26
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/20165
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item