Pemeliharaan Maslahah di Sebalik Pensyariatan Konsep Berpakaian Wanita Menurut Islam

Click here for a simple search.
[feed] Atom [feed] RSS 1.0 [feed] RSS 2.0
 
 

Mansor, Sulaiman and Zailin Shah, Yusoff and Ahmad Murad, Zainuddin and Ahmad Irfan, Ikmal Hisham and Abdullah, Long (2017) Pemeliharaan Maslahah di Sebalik Pensyariatan Konsep Berpakaian Wanita Menurut Islam. International Journal of Humanities Technology and Civilization (IJHTC), 2 (1). pp. 62-72. ISSN 2289-7216

[img]
Preview
PDF
766Kb

Official URL: http://journals.ump.edu.my/index.php/ijhtc/article...

Abstract

Tulisan ini cuba menghuraikan berkenaan konsep pemeliharaan maslahah yang diutarakan Islam dalam pensyariatan hukum-hakam Syariah. Walaupun begitu, tulisan ini hanya akan memfokuskan dalam aspek konsep pakaian wanita di hadapan lelaki bukan mahram sahaja dengan bersandarkan kepada rujukan-rujukan perpustakaan meliputi kajian terhadap teks-teks seperti tafsir al-Quran, fiqh dan sebagainya. Pemilihan fokus ini disebabkan terdapat pelbagai pandangan negatif yang dilemparkan oleh sesetengah ahli masyarakat terhadap konsep ini. Sehubungan itu, tulisan ini akan cuba mengutarakan hukum-hakam berkaitan pakaian wanita termasuk keadaan-keadaan yang diberikan kelonggaran syarak (rukhsah) beserta penjelasan berkenaan maslahah di sebaliknya. Secara umumnya, tulisan ini merumuskan bahawa pensyariatan konsep pakaian ini antara lainnya bertujuan menutup jalan yang boleh membawa kepada jenayah seksual terhadap wanita dan secara tidak langsung menyumbang kepada keharmonian hidup masyarakat. Tulisan ini diharapkan dapat memberikan manfaat yang besar kepada sumbangan ilmiah berkaitan cara hidup Islam.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Konsep pakaian wanita; Islam; Maslahah; Aurat
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Divisions:Centre For Modern Languages and Human Sciences
ID Code:20279
Deposited By: Mrs. Neng Sury Sulaiman
Deposited On:08 Feb 2018 13:55
Last Modified:18 May 2018 08:28

Repository Staff Only: item control page

 

 

 

 

 

 

Introduction

An Institutional Repository is an online focus for collecting, preserving, and disseminating any University publication in the digital form for the intellectual sharing.
The UMP Institutional Repository (UMP IR) provides access of University publication such as journal article, conference paper, research paper, thesis and dissertations.


Any Enquiries

Please email or call Knowledge Management staff:-

Pn. Noorul Farina (09-424 5605) OR
Cik Ratna Wilis Haryati (09-424 5612)

Any correspondence concerning this specific repository should be sent to umplibrary@ump.edu.my