Gaya pengajaran dalam kalangan guru Tabika Kemas di Kelantan

Mazeni , Ismail and Hasmadi, Hassan (2017) Gaya pengajaran dalam kalangan guru Tabika Kemas di Kelantan. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, 6 (Special). pp. 1-15. ISSN 2550-178X. (Published)

[img]
Preview
PDF
Gaya pengajaran dalam kalangan guru Tabika Kemas di Kelantan.pdf

Download (170kB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti gaya pengajaran yang diamalkan oleh guru-guru di Tabika Kemas di negeri Kelantan. Lima puluh buah Tabika Kemas yang telah terlibat dalam kajian ini yang dipilih secara persampelan strata dan guru-guru memenuhi kriteria yang ditetapkan. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik yang telah diubahsuai daripada Grasha (1996) iaitu Inventori Gaya Mengajar Guru Teaching Styles Inventory. Seramai 50 orang guru-guru Kemas telah terlibat sebagai sampel kajian. Semua data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian komputer Statistical Package for Science Social (SPSS) Version 22.0. Hasil kajian yang dipraktikkan oleh guru-guru dalam kajian ini adalah gaya pengajaran pakar (min 3.5), autoriti formal (min 3.37), model interpersonal (min 3.5), fasilitator (min 3.88) dan juga gaya pengajaran delegator (min 4.06). Kebanyakan guru menggunakan gaya pengajaran delegator iaitu nilai min 4.06 manakala gaya pengajaran yang kurang digunakan ialah gaya pengajaran fasilitator nilai min 3.38. Kesimpulannya guru-guru di Tabika Kemas menggunakan gaya pengajaran secara delegator, ini kerana latar belakang pendidikan mereka bukan secara formal dalam pendidikan awal kanak-kanak.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: teaching; teaching style; teaching style Grasha
Subjects: Q Science > Q Science (General)
Faculty/Division: Faculty of Industrial Sciences And Technology
Depositing User: Mrs. Neng Sury Sulaiman
Date Deposited: 07 Jun 2018 07:34
Last Modified: 07 Jun 2018 07:34
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/21184
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item