Ahkam Syar'iyyah Johor : Model Kod Undang-undang Dalam Pengurusan Institusi Kekeluargaan Islam Di Negeri Johor

Abd Jalil, Borham (2014) Ahkam Syar'iyyah Johor : Model Kod Undang-undang Dalam Pengurusan Institusi Kekeluargaan Islam Di Negeri Johor. In: Persidangan Antarabangsa Kekeluargaan Dari Perspektif Global (ICFI2014) , 13 February 2014 , Persada, Johor Bahru. pp. 82-93.. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
Kertas_kerja_ICFI2014.pdf

Download (378kB)

Abstract

Hubungan Kerajaan Johor di Asia Tenggara dengan Kerajaan Othmaniyyah di Turki sejak tahun 1893 iaitu di zaman pemerintahan Sultan Abu Bakar, Maharaja dan Sultan bagi negeri dan jajahan Johor telah membawa impak yang tinggi dalam berbagai aspek. Hikayat Johor menyatakan bahawa Kedudukan Johor satu-satunya negara di sebelah timur yang pada masa itu begitu bersungguh-sungguh menjadikan Islam sebagai dasar negaranya telah membuka ruang kepada Kerajaan Othmaniyyah untuk mengadakan hubungan yang lebih erat di antara sebuah negara Islam khusunya di Asia Barat. Berbagai kenyataan menunjukkan bahawa hubungan Johor dengan Kerajaan Othmaniyyah membawa suatu pengaruh baharu ke negeri Johor. Misalnya perlaksanaan Undang-Undang Tubuh Johor 1895, cara berpakaian Sultan Johor, bendera Johor, reka bentuk bangunan pentadbiran dan masjid-masjid di Johor, pelaksanaan undang-undang mal Islam iaitu Majalah Ahkam Johor, undang-undang keluarga Islam iaitu Ahkam Syar`iyyah Johor dan yang paling menarik penganugerahan darjah bintang kebesaran Sultan Johor. Sesungguhnya hubungan Johor dengan Kerajaan Othmaniyyah sebagai sebuah khilafah empayar Islam juga telah memberikan kesan yang amat positif dalam perkembangan undang-undang Islam di negeri Johor. Perkara ini dapat dilihat dengan pelaksanaan Majallah al-Ahkam al-`Adliyyah sebagai kod undang-undang mal Islam sejak tahun 1893 Masihi dan diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu dengan nama “Majalah Ahkam Johor”. Ia dijadikan panduan rasmi berkenaan dengan hukum syarak di negeri Johor pada tahun 1913 Masihi. Usaha mengukuhkan pelaksanaan undang-undang Islam seterusnya telah dilakukan pada tahun 1935 Masihi di bawah pemerintahan anakanda baginda iaitu Sultan Ibrahim. Kod undang-undang keluarga Islam terjemahan kitab “Al-Ahkam al-Syar`iyyah fi al-Ahwal al-Syahsiyyah” dari Kerajaan Othmaniyyah ini telah disusun bagi membincangkan secara substantif mengenai hal ehwal perkahwinan, poligami, perceraian dan perkara yang berkaitan dengannya. Ia dinamakan “Ahkam Syar’iyyah Johor” sebagai model kod undang-undang dalam usaha mengukuhkan institusi kekeluargaan Islam di negeri Johor.

Item Type: Conference or Workshop Item (Speech)
Subjects: H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman
Faculty/Division: Centre For Modern Languages and Human Sciences
Depositing User: Prof. Dr. Abd Jalil Borham
Date Deposited: 19 Feb 2014 01:12
Last Modified: 03 Mar 2015 09:22
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/5050
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item