Pemantauan dan penilaian retak lesu ke atas talian paip gas dengan menggunakan teknologi pancaran akustik

Mohd Fadhlan, Mohd Yusof (2012) Pemantauan dan penilaian retak lesu ke atas talian paip gas dengan menggunakan teknologi pancaran akustik. Masters thesis, Universiti Kebangsaan Malaysia (Contributors, UNSPECIFIED: UNSPECIFIED).

[img]
Preview
PDF
MOHD FADHLAN BIN MOHD YUSOF.PDF

Download (1MB) | Preview

Abstract

Fenomena kegagalan lesu dalam talian paip gas sewajarnya dikesan sejak peringkat awal lagi kerana akibatnya yang sangat buruk, dan aplikasi teknologi pancaran akustik dijangka sesuai untuk tujuan mi. Objektif utama projek mi adalah untuk mengkaji korelasi antara isyarat pancaran akustik dengan peringkat-peringkat tertentu dalam mekanisme lesu bagi keluli talian paip API 5L X70 yang jarang ditemui sebelum mi. Bagi mencapai objektif tersebut, ujian makmal telah dilakukan dan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu ujian tegangan dan ujian lesu. Ketika ujian lesu, spesimen dikenakan tegasan berkitar balikan sepenuhnya dengan frekuensi bebanan 5Hz dan amplitud tegasan sebanyak 65%, 60%, 58% dan 53% daripada tegasan muktamad. Isyarat pancaran akustik turut dicerap daripada kedua-dua bahagian ujian tersebut. Selain ujian makmal, ujian lapangan turut dilakukan dengan mencerap isyarat pancaran akustik daripada bahagian simpang talian paip gas yang sedang beroperasi untuk tujuan perbandingan. Berdasarkan keputusan ujian tegangan yang dilakukan terhadap keluli API 5L X70, didapati bahawa nilai tegasan alah, tegasan muktamad clan terikan keseluruhan yang dicatatkan masing-masing adalah 637.8 MPa, 706.5 MPa, dan 0.246 mmlmm. Hasil kajian korelasi isyarat pancaran akustik dengan lengkung tegasan-terikan bagi keluli API 5L X70 telah menunjukkan bahawa aktiviti pancaran akustik sangat aktif pada ubah bentuk e1astik. Korelasi isyarat pancaran akustik dengan ujian lesu bagi spesimen yang dikenakan tegasan amplitud yang berlainan telah menunjukkan bahawa trend taburan aktiviti pancaran akustik yang dicerap dapat dibahagikan kepada tiga peringkat. Ketiga-tiga peringkat mi sangat dipengaruhi oleh fenomena pengerasan berkitar dan perlembutan berkitar yang berlaku semasa beban berkitar dikenakan. Analisis ciri-ciri pancaran akustik bagi isyarat-isyarat yang terjana pada ketiga - tiga peringkat di dalam mekanisme lesu menunjukkan bahawa nilai frekuensi dominan bagi isyarat-isyarat domain frekuensi daripada mekanisme lesu dengan operasi sebenar talian paip telah menunjukkan perbezaan. Nilai frekuensi dominan yang dicatatkan pada peringkat kedua dan ketiga dalam mekanisme lesu masing-masing berada pada julat antara 314 kHz hingga 364 kHz, dan 312 kHz hingga 380 kHz. Manakala nilai frekuensi dominan bagi isyarat domain frekuensi daripada ujian lapangan berjulat antara 50.05kHz hingga 68.36 kHz. Namun, perbandingan nilai frekuensi dominan bagi isyarat-isyarat yang dicerap pada ketiga-tiga peringkat semasa mekanisme lesu tidak menunjukkan perbezaan yang jelas. Keputusan analisis parameter statistik bagi isyarat-isyarat domain masa pancaran akustik daripada ujian lesu dan ujian lapangan menunjukkan bahawa nilai kurtosis hanya dapat memberikan perbezaan antara isyarat yang dicerap daripada ujian lapangan dan peringkat retak sahaja. Oleh itu analisis komponen utama telah diaplikasikan dan analisis mi ditemui berupaya untuk membezakan isyarat-isyarat domain frekuensi daripada ketiga-tiga peringkat semasa mekanisme lesu dan operasi sebenar talian paip gas. Modifikasi persembahan keputusan analisis komponen utama dengan mengaplikasikan plot dendrogram telah menunjukkan perbezaan kelompok isyarat pancaran akusfik daripada peringkat yang berbeza dengan lebih jelas. Isyarat pancaran akustik yang dicerap daripada lapangan turut berada pada kelompok yang sangat berbeza daripada kelompok isyarat-isyarat daripada mekanisme lesu. Secara keseluruhannya, dapat dirumuskan bahawa korelasi isyarat pancaran akustik dengan mekanisme lesu dapat dijadikan panduan di dalam memantau dan menilai fenomena lesu dalam talian paip semasa operasi.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Thesis (Ijazah Sarjana Sains) -- Fakulit Kejuruteraan Dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia - 2012, SV: PROF. MADYA DR. NORDIN JAMALUDDIN.
Uncontrolled Keywords: Acoustic emission testing; Pipelines
Subjects: T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General)
Faculty/Division: Unspecified
Depositing User: Mr. Nik Ahmad Nasyrun Nik Abd Malik
Date Deposited: 11 Nov 2015 03:05
Last Modified: 10 Jun 2021 06:39
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/9026
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item