Keberkesanan kaedah latihan biofeedback emwave terhadap prestasi membaca murid-murid linus di Sekolah Kebangsaan Jengka Batu 13, Chenor

Mohd Sapar, Maziah (2013) Keberkesanan kaedah latihan biofeedback emwave terhadap prestasi membaca murid-murid linus di Sekolah Kebangsaan Jengka Batu 13, Chenor. Masters thesis, Universiti Malaysia Pahang (Contributors, UNSPECIFIED: UNSPECIFIED).

[img]
Preview
PDF
CD8285.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Perlaksanaan Program LINUS oleh Kementerian Pendidikan Malaysia mula diperkenalkan pada 15 Januari 2010. LINUS merupakan satu program yang berfokus kepada intervensi awal iaitu daripada darjah 1 hingga darjah 3 bagi kemahiran literasi (membaca dan menulis) dan numerasi (mengira). Kajian lepas menunjukkan bahawa tahap tumpuan yang rendah semasa proses pembelajaran, akan memberi kesan negatif terhadap pencapaian prestasi akademik murid. Kajian lepas juga menunjukkan bahawa kaedah latihan menggunakan teknik biofeedback berupaya membantu murid meningkatkan daya tumpuan dan mengurangkan gangguan semasa proses pembelajaran berlangsung. Untuk itu, kajian ini dilakukan adalah bertujuan untuk menentukan sejauh mana murid dapat menguasai kemahiran membaca menggunakan instrumen LINUS yang dibekalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan berbantukan kaedah latihan biofeedback emwave. Kajian ini juga bertujuan untuk menentukan sejauh manakah murid dapat menguasai kaedah latihan biofeedback emwave seterusnya dapat mengaplikasikannya dalam meningkatkan daya tumpuan pembelajaran membaca LINUS Bahasa Melayu. Sejumlah 35 orang murid terlibat di dalam kajian dan mengambil bahagian untuk latihan biofeedback emwave. Murid yang dipilih sebagai sampel diperkenalkan dan dilatih dengan kaedah latihan biofeedback emwave. Pengumpulan data dilakukan dengan menggunakan pendekatan ujian pra dan ujian pos di mana pelajar akan melalui lima sesi latihan biofeedback emwave, hasilnya digunakan untuk menentukan sejauh manakah peningkatan prestasi membaca murid-murid setelah mengikuti kaedah latihan. Data yang diperoleh telah dianalisis untuk menentukan perbezaan antara skor ujian pra dan ujian pos bagi sampel yang terlibat dalam kajian. Kajian mendapati berlaku peningkatan tahap penguasaan kemahiran membaca Bahasa Melayu. Peratus peningkatan adalah antara 54.3 peratus (Konstruk 12) hingga 81.5 peratus (Konstruk 8) bagi ujian satu dan bagi ujian dua pula peningkatan adalah antara 50 peratus (Konstruk 12) hingga 87.8 peratus (Konstruk 7). Kaedah latihan biofeedback ini juga telah berjaya dikuasai oleh murid dengan menunjukkan peningkatan pencapaian spektrum High Frequency (HF) dan penurunan bacaan pada spektrum Low Frequency (LF) dan spektrum Very Low Frequency (VLF) mereka. Kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara penguasaan kaedah latihan biofeedback emwave dengan peningkatan prestasi membaca murid. Diharap kaedah alternatif ini dapat dikembang dan diserapkan ke dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja bagi kemahiran membaca tetapi juga bagi kemahiran menulis dan mengira.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Thesis (Sarjana Teknologi Kemanusiaan) -- Universiti Malaysia Pahang - 2013
Uncontrolled Keywords: Biofeedback training
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
Faculty/Division: Unspecified
Depositing User: Ms. Baizlinda Azlin Jasni
Date Deposited: 12 Nov 2015 02:14
Last Modified: 19 Aug 2021 04:09
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/9447
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item