%0 Generic %A Nur Hartini, Mohd Hatta %D 2025 %F UmpIR:45161 %I UMPSA %K Risk Ready;Pensyarah Fakulti Pengurusan Industri (FPI) %P 1-5 %T Profesor Madya Ts. Dr. Lee Chia Kuang cipta pendekatan baharu pembelajaran risiko projek melalui modul Risk Ready %U http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/45161/ %X PEKAN, 16 Julai 2025 – Menyedari perubahan drastik dalam landskap pendidikan global sejak pandemik melanda pada awal tahun 2020, Pensyarah Fakulti Pengurusan Industri (FPI), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Profesor Madya Ts. Dr. Lee Chia Kuang mengambil inisiatif membangunkan sebuah modul pembelajaran yang inovatif dan adaptif terhadap keperluan semasa. Menurut Profesor Madya Ts. Dr. Lee, modul yang dikenali sebagai Risk Ready: Micro Credential in Project Risk Management ini dirangka bagi menangani cabaran pembelajaran dalam talian yang dihadapi pelajar dalam bidang teknikal seperti pengurusan projek dan pengurusan risiko.