Pengkonsepsian zakat: Abstrak tetapi konkrit

Jamal Rizal, Razali and Imaduddin, Abidin and Abdullah Adnan, Mohamed (2015) Pengkonsepsian zakat: Abstrak tetapi konkrit. In: Prosiding NCOZ 2015 - Persidangan Zakat Dalam Pembangunan Ekonomi Peringkat Kebangsaan 2015 = National Conference On Zakat and Economic Development 2015 , 1 June 2015 , Kuantan, Pahang. pp. 278-291.. ISBN 978-967-0691-47-3

[img] PDF
Pengkonsepsian Zakat- Abstrak tetapi Konkrit.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (224kB) | Request a copy
[img]
Preview
PDF
pbmsk-2015-jamal-Pengkonsepsian Zakat.pdf

Download (486kB) | Preview

Abstract

“Zakat” bermaksud cukai yang wajib dikeluarkan oleh tiap-tiap orang Islam apabila cukup syaratnya (Kamus Dewan, 2010). Secara harafiahnya, zakat ialah cukai atau sebahagian kecil harta yang dimiliki oleh seseorang yang beragama Islam yang diagihkan kepada pihak tertentu berdasarkan syarat-syarat khusus sebagai lambang ukhwah, perkongsian antara sesama Islam serta pengabdian kepada Allah SWT. Daripada konteks penggunaan dan pemaknaannya, “zakat” ialah sebuah idea atau falsafah yang mempunyai makna tertentu dan wujud secara abstrak. Dalam kertas kerja ini, tumpuan analisis ialah proses pengkonsepsian “zakat” yang dilakukan oleh penutur Bahasa Melayu. Daripada perspektif Linguistik Kognitif, proses pengkonsepsian dan pemaknaan idea berlaku di dalam mental pengguna bahasa dan sangat dipengaruhi oleh faktor-faktor non-linguistik seperti pengalaman, pengetahuan dan maklumat yang dimilikinya. Semua perkara tersebut dijadikan rujukan, landasan dan panduan semasa membina struktur konsepsi dan linguistik. Daripada analisis yang dilakukan, “zakat” (yang wujud dalam bentuk abstrak) digambarkan atau diperihalkan seolah-olah sebagai sesuatu yang konkrit apabila dirujuk sebagai objek konkrit yang boleh dipotong, dipegang, diukur, diangkat dan sebagainya. Menurut Lakoff dan Johnson (1980, 1993, 2008), proses ini dikenali sebagai Metafora Konsepsi Ontologikal (Reifikasi), iaitu pemberian sifat konkrit kepada sesuatu yang abstrak seperti yang diperkenalkan dalam Teori Metafora Konsepsi (TMK). Semua gambaran dan rujukan tersebut berkaitan didapati berkaitan dengan faktor-faktor non-linguistik dan digunakan bagi mempermudah khalayak memahami dan menghayati maksud yang hendak disampaikan. Oleh yang demikian, dapat dikatakan bahawa proses pengkonsepsian “zakat” dalam komunikasi lisan adalah refleksi kepada pemikiran dan latar budaya komuniti bahasa berkenaan.

Item Type: Conference or Workshop Item (Speech)
Additional Information: e-ISBN: 978-967-0691-47-3
Uncontrolled Keywords: Zakat; Pengkonsepsian; Metafora konsepsi; Domain sasaran; Domain sumber; Reifikasi
Subjects: Q Science > Q Science (General)
Faculty/Division: Centre For Modern Languages and Human Sciences
Depositing User: Mrs. Neng Sury Sulaiman
Date Deposited: 29 Jan 2016 05:34
Last Modified: 10 Jan 2024 01:50
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/11839
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item