Zakat Pendapatan: Satu Tinjauan Awal Sejauhmana Komitmen Staf Universiti Malaysia Pahang

Mohamad Hilmi, Mat Said and Saharudin, Ramli and Norsuhaila, Musa (2015) Zakat Pendapatan: Satu Tinjauan Awal Sejauhmana Komitmen Staf Universiti Malaysia Pahang. In: Prosiding NCOZ 2015 - Persidangan Zakat Dalam Pembangunan Ekonomi Peringkat Kebangsaan 2015 = National Conference On Zakat and Economic Development 2015, 1 June 2015 , Kuantan, Pahang. pp. 353-360.. ISBN 978-967-0691-47-3

[img] PDF
Zakat Pendapatan- Satu tinjauan awal sejauhmana komitmen staf UMP.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (317kB) | Request a copy
[img]
Preview
PDF
pbmsk-2015-hilmi-Zakat Pendapatan Satu tinjauan awal.pdf

Download (77kB) | Preview

Abstract

Zakat pendapatan merupakan salah satu jenis zakat yang dikemukakan oleh ijtihad ulama semasa. Antara ulama yang mencetuskan ijtihad zakat pendapatan ialah Syeikh 'Abdul Rahman Hasan, Muhammad Abu Zahrah, dan 'Abdul Wahhab Khallaf (al-Qaradawi, Fiqh al-Zakat, jil. 1, hlm. 489). Zakat ini diwajibkan ke atas umat Islam yang berkelayakkan atau telah cukup syarat sebagaimana yang dinyatakan Syara’. Di Universiti Malaysia Pahang (UMP) zakat pendapatan telah mula diperkenalkan kepada staf sekitar tahun 2002. Namun begitu pendedahannya kepada umum masih belum ditahap memuaskan, sedangkan ia merupakan salah satu sumber kewangan yang agak lumayan untuk membantu umat Islam di Malaysia yang masih dikatakan hidup dalam dhoif ketika ini. Justeru itu kajian ini dilakukan adalah untuk melihat dan meninjau perbahasan hukum zakat kategori ini. Begitu juga sejauhmana pengetahuan staf UMP berhubung dengan zakat tersebut dan bagaimana komitmen staf UMP dalam memberi sumbangan melalui zakat ini. Tinjaun awal ini bertujuan untuk memberi pendedahan berhubung zakat pendapatan kepada staf UMP samada baharu atau lama yang belum mengetahui hukum zakat ini. Staf juga akan diberi penjelasan berkaitan keunikan dan kebaikan sistem zakat yang dinyatakan dalam al-Quran dan al-Hadis. Ini secara tidak langsung membantu mempromosikan Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ) untuk memperkasakan kempen biaya zakat terhadap masyarakat Negeri Pahang amnya, khasnya kepada generasi belia yang masih baharu di dunia pekerjaan. Amat diharap tinjauan awal ini bakal membuka minda masyarakat akan pensyaritan zakat dan jaminan kebaikan dan keberkataannya disisi Allah swt.

Item Type: Conference or Workshop Item (Speech)
Uncontrolled Keywords: Zakat pendapatan, staf dan Pusat Kutipan Zakat (PKZ)
Subjects: Q Science > Q Science (General)
Faculty/Division: Centre For Modern Languages and Human Sciences
Depositing User: Mrs. Neng Sury Sulaiman
Date Deposited: 24 Feb 2016 01:17
Last Modified: 29 Mar 2017 00:59
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/11842
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item