Hasnah, Hussiin (2009) Kesan Modenisasi ke atas Hubungan Kaum di Malaysia. Jurnal UMP Sains Sosial dan Pengurusan Teknologi, 1 (1). pp. 13-22. ISSN 1985-8957. (Published)
|
PDF
pbmsk-2009-hasnah-Kesan Modenisasi ke atas Hubungan Kaum di Malaysia.pdf Download (5MB) | Preview |
Abstract
Isu modenisasi dan hubungan etnik tidak pernah padam dalam perjuangan Malaysia membangunkan negara sejak merdeka sehingga kini. Dalam hal ini, setiap polisi dan projek yang dijalankan mes ti objektif terakhirnya adalah untuk perpaduan kaum. Ia seakan menjadi syarat penting bahawa setiap projek pembangunan yang dilaksanakan mesti melibatkan semua etnik. Apakah yang dimaksudkan dengan modenisasi? Menurut Shamsul Amri, modenisasi diterjemahkan sebagai suatu proses transformasi atau perubahan dalam segala aspek kehidupan masyarakat, dan ia dianggap sebagai sesuatu yang harus ditempuh oleh semua bangsa atau negara. Malahan modenisasi di Malaysia sangat berkaitan dengan pembentukan suatu bangsa Malaysia yang mengandungi pelbagai etnik dan kaum. Dalam hal ini, projek modenisasi di Malaysia sebenarnya mengandungi dua komponen utama iaitu komponen ekonomi dan komponen politik. Kesemua komponen ini adalah bermatlamat untuk perpaduan kaum serta mewujudkan 'kesatubangsaan' (nationhood) melalui integrasi nasional. Maka slogan seperti 'satu bahasa ', 'satu budaya ', 'satu bangsa' dan 'satu negara' sering dilaungkan sebagai motivasi yang mendasari segala usaha ke arah integrasi nasional.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Modenisasi, Hubungan etnik, Ekonomi, Politik, Sosial, Integrasi nasional |
Subjects: | Q Science > Q Science (General) |
Faculty/Division: | Centre For Modern Languages and Human Sciences |
Depositing User: | Mrs. Neng Sury Sulaiman |
Date Deposited: | 07 Apr 2017 00:12 |
Last Modified: | 07 Apr 2017 00:12 |
URI: | http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/14129 |
Download Statistic: | View Download Statistics |
Actions (login required)
View Item |