Penerapan Kreativiti di Dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Mata Pelajaran Jawi: Kajian Rintis

Wan Marzuki, Wan Ismail and Hafizoah, Kassim and Munira, Abdul Razak (2016) Penerapan Kreativiti di Dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Mata Pelajaran Jawi: Kajian Rintis. In: Proceedings of The National Conference for Postgraduate Research (NCON-PGR 2016) , 24-25 September 2016 , Universiti Malaysia Pahang (UMP), Pekan, Pahang. pp. 512-518..

[img]
Preview
PDF
P069 pg512-518.pdf

Download (165kB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui persepsi guru tentang kreativiti di dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP), mengenal pasti tahap kefahaman mereka terhadap Elemen Merentas Kurikulum (EMK) kreativiti di dalam Jawi seperti yang terkandung di dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) serta apakah permasalahan berkaitan yang dialami semasa menjalankan sesi PdP di dalam menerapkan elemen tersebut. Kaedah penyelidikan “Survey” digunakan untuk mengumpul data. Instrumen kajian yang digunakan ialah i) borang soal selidik iaitu tentang latar belakang guru, persepsi tentang kreativiti, penerapan EMK kreativiti di dalam PdP mata pelajaran Jawi dan penilaian kendiri kreativiti (ii) soalan temubual iaitu untuk mengetahui persepsi tentang kreativiti, kefahaman responden terhadap pelaksanaan Elemen Merentas Kurikulum kreativiti semasa mengajar Jawi serta masalah yang dihadapi di dalam melaksanakan penerapan EMK kreativiti di dalam PdP. Hasil kajian mendapati, persepsi responden terhadap kreativiti adalah positif. Begitu juga dengan tahap kefahaman mereka terhadap pelaksanaan EMK kreativiti di dalam mata pelajaran Jawi. Hasil kajian juga turut mengenalpasti beberapa masalah yang dihadapi di dalam melaksanakan penerapan elemen tersebut kepada murid-murid.

Item Type: Conference or Workshop Item (Lecture)
Uncontrolled Keywords: Kreativiti, Elemen Merentas Kurikulum (EMK), Pengajaran dan Pembelajaran (PdP), Jawi
Subjects: P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Faculty/Division: Centre For Modern Languages and Human Sciences
Depositing User: Noorul Farina Arifin
Date Deposited: 27 Oct 2016 03:33
Last Modified: 07 Feb 2018 05:53
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/15075
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item