UMP Institutional Repository

Inovasi Perkhidmatan Melalui Pendekatan Strategik Antara “Orientasi Keusahawanan” & Pembangunan HR-IMS UMP

Haryani, Abdullah and Mohamad Rozi, Hassan (2013) Inovasi Perkhidmatan Melalui Pendekatan Strategik Antara “Orientasi Keusahawanan” & Pembangunan HR-IMS UMP. In: Persidangan Kebangsaan Pentadbiran Sumber Manusia IPTA (PESUMA 2013) , 4-6 Jun 2013 , Kuala Terengganu, Malaysia. pp. 1-17..

[img]
Preview
PDF
fim-2013-rozi-inovasi perkhidmatan.pdf

Download (855kB) | Preview

Abstract

Ekonomi yang berasaskan pengetahuan atau K-ekonomi dan pengurusan sumber manusia bergerak seiring dengan proses penambahbaikan sistem perkhidmatan awam. Strategi pengurusan sumber manusia dalam perkhidmatan awam hari ini secara langsung memerlukan setiap penjawat awam terus melakukan perubahan minda dan cara bekerja yang lebih baik. Selaras dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), sektor awam turut melalui perubahan ketara dalam pelaksanaannya. Aplikasi e-management yang telah dibangunkan sejak tahun 2001, adalah daya usaha UMP bagi memastikan pengurusan sumber manusia dapat disenergikan dengan budaya amalan ICT yang holistic. Pengurusan data dan maklumat sumber manusia secara cekap dan berkesan dengan menerapkan orientasi keusahawanan merupakan faktor kejayaan utama kepada pengoperasian dan perancangan strategik sumber manusia dalam mencapai misi UMP. Pelaksanaan HR-IMS yang bermula dari pengurusan pengambilan dan kemasukan sehingga persaraan dan penamatan perkhidmatan, pengurusan dokumen sehingga pengurusan arkib serta pengurusan maklumat asas sehingga pengurusan prestasi dan ganjaran menjadi landasan bagi membolehkan semua data dan maklumat berkaitan sumber manusia UMP disepadukan sepenuhnya. Seiring dengan perubahan globalisasi yang berlaku serta permintaan yang tinggi untuk perkhidmatan yang lebih berkualiti, HR-IMS sentiasa melakukan tranformasi dan inovasi agar aplikasi ini kekal relevan melalui proses penambahbaikan dan pembaharuan sebanyak 246 modul/submodul. Walau bagaimanapun, untuk mengekalkan daya saing berterusan kepada kejayaan aplikasi ini, semua warga kerja (samada kumpulan pembangunan aplikasi dan pengguna), mereka perlu melalui proses pembelajaran, latihan serta komitmen yang tinggi untuk menjayakan sistem yang disediakan.

Item Type: Conference or Workshop Item (Lecture)
Uncontrolled Keywords: HR-IMS; Orientasi Keusahawanan, K-ekonomi
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
Faculty/Division: Faculty of Industrial Management
Depositing User: Noorul Farina Arifin
Date Deposited: 16 May 2017 07:12
Last Modified: 16 May 2017 07:12
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/17706
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item