Saintis Muda Bawa Teknologi Fotovoltaik Ke SEMSAS

Saifful Kamaluddin, Muzakir and Paboh, Muhammad Halim and Syed Abd Aziz, Syed Mohd Akmal and Ismail, Mohd Rizal (2017) Saintis Muda Bawa Teknologi Fotovoltaik Ke SEMSAS. [Video]

[img] Pdf (Rakaman Rancangan Lensa Siswa RTM 1 Program "Lighting up the Community")
Lensa_Siswa_FIST_UMP.mp4 - Published Version
Available under License Creative Commons Public Domain Dedication.

Download (1GB)

Abstract

KUANTAN, 5 Mei 2015 – Seramai 12 orang mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (kepujian) Teknologi Bahan, Universiti Malaysia Pahang telah menjayakan khidmat masyarakat di Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SEMSAS), Kuantan dengan bertemakan Lighting up the Community. Di antara pengisian program adalah pemasangan sistem lampu tumpu berkuasa suria dan perkongsian ilmu teori dan praktikal teknologi fotovoltaik bersama 78 orang pelajar tingkatan empat. Pengarah program, Dr. Saifful Kamaluddin bin Muzakir berkata, program ini adalah bertujuan untuk menarik minat pelajar sekolah menengah di dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), dan menggalakkan penglibatan golongan milenia di dalam usaha mempromosikan teknologi hijau. Pengetua SEMSAS, Puan Hajah Safiah binti Awang berkata, pemasangan sistem lampu tumpu berkuasa suria ini mampu membantu meningkatkan tahap keselamatan kawasan sekolah terutamanya di kawasan padang mini yang sering digunakan oleh Orkestra Jasa Winds melakukan latihan pada waktu malam. Program yang dianjurkan oleh Fakulti Sains & Teknologi Industri (FIST) dengan kerjasama Kelab GoGoGreen Pahang, Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan ini turut dipantau oleh pensyarah-pensyarah, serta dibantu oleh staf-staf teknikal.

Item Type: Video
Additional Information: Dokumentari program "Lighting up the Community" anjuran Program Teknologi Bahan, Fakulti Sains & Teknologi Industri dengan kerjasama Kelab GoGoGreen Pahang, Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan dan Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah pada 5 Mei 2017
Subjects: Q Science > QC Physics
Faculty/Division: Faculty of Industrial Sciences And Technology
Depositing User: P.M. Dr. Saifful Kamaluddin Muzakir @ Lokman
Date Deposited: 20 Jul 2018 01:45
Last Modified: 03 Oct 2018 07:54
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/17748
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item