Keupayaan Usahawan Kecil Melaksanakan Kemahiran Keusahawanan Menggunakan Kaedah HRV Biofeedback = Potential of Small Entrepreneurs to Implement Entrepreneurial Skills Using HRV Biofeedback

Nazrolnizah, Mohamad Noorzeli and Muhammad Nubli, Abdul Wahab (2017) Keupayaan Usahawan Kecil Melaksanakan Kemahiran Keusahawanan Menggunakan Kaedah HRV Biofeedback = Potential of Small Entrepreneurs to Implement Entrepreneurial Skills Using HRV Biofeedback. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJ-SSH), 2 (1). pp. 66-77. ISSN 2504-8562. (Published)

[img]
Preview
PDF
pbmsk-2017-nubli-Potential of Small Entrepreneurs to Implement.pdf

Download (772kB) | Preview

Abstract

Keupayaan untuk meningkatkan kemahiran keusahawanan di kalangan usahawan kecil adalah faktor penentu kepada peningkatan dalam perniagaan. Walau bagaimanapun, literasi sebelum ini menunjukkan bahawa terdapat kurang kajian yang memberi tumpuan kepada kaedah untuk meningkatkan kemahiran keusahawanan menggunakan teknik Biofeedback kalangan usahawan di Malaysia. Oleh itu, kajian ini adalah bertujuan untuk: 1) Mengenalpasti latar belakang demografi usahawan kecil, 2) Mengenalpasti keupayaan pengurusan di kalangan usahawan dalam kemahiran keusahawanan dan 3) Mengenalpasti profil Heart Rate Variability (HRV) di kalangan usahawan kecil melalui peningkatan skor koheren HF. Seramai 50 orang responden yang terdiri daripada usahawan kecil terlibat dalam kajian ini. Data-data yang dikumpul melibatkan kajian soal selidik dengan peserta, analisa untung dan jualan, serta analisa HRV. Analisa statistik korelasi digunakan untuk mengkaji hubungan antara kemahiran keusahawanan dari sudut dapatan perniagaan dan HRV. Dapatan ini menunjukkan wujud hubungan yang kuat antara peningkatan kemahiran keusahawanan dari sudut peningkatan perniagaan dengan profil HRV dalam kalangan peserta dengan nilai skor 080-1.00. Oleh itu, penggunaan teknik latihan Biofeedback HRV adalah sesuai digunakan sebagai satu program intervensi bagi meningkatkan kemahiran keusahawanan dalam kalangan usahawan kecil di Malaysia.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: small entrepreneurs, entrepreneurial skills, business management, Biofeedback, Heart Rate Variability
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
Faculty/Division: Centre For Modern Languages and Human Sciences
Depositing User: Noorul Farina Arifin
Date Deposited: 16 Nov 2017 07:53
Last Modified: 16 Nov 2017 07:53
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/19095
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item