UMP Institutional Repository

Penyerapan kosa kata Bahasa Melayu ke dalam Bahasa Jepun: aplikasi artikulasi Bahasa Jepun

Syahrina, Ahmad and Jamal Rizal, Razali (2016) Penyerapan kosa kata Bahasa Melayu ke dalam Bahasa Jepun: aplikasi artikulasi Bahasa Jepun. In: International Conference on Humanities 2016 (ICH2016), 22-23 December 2016 , Penang, Malaysia. . (Unpublished)

[img]
Preview
Pdf
Abstract_ICH2016-submitted.pdf

Download (37kB) | Preview

Abstract

Makalah ini akan membincangkan impak penyerapan Bahasa Melayu ke dalam bahasa Jepun. Hal ini demikian berlaku kerana faktor globalisasi dan penghijrahan manusia ke seluruh pelusuk dunia. Selain itu, penyerapan ini juga berlaku kerana kata yang diserap tersebut (nama-nama makanan) tidak terdapat dalam budaya masyarakat Jepun. Dalam kajian ini, data berkaitan diperolehi daripada laman-laman sesawang, buku-buku, soal selidik dan wawancara dengan penutur asli bahasa Jepun. Daripada analisis yang diakukan, didapati perkataan-perkataan daripada Bahasa Melayu ini diadaptasi sepenuhnya ke dalam bahasa Jepun tetapi mengunakan artikulasi bahasa Jepun. Proses ini menyebabkan kata pinjaman tersebut mengalami proses fonologi yang tertentu seperti perubahan sebutan, pengguguran dan penambahan bunyi serta perubahan bentuk. Hal ini sangat berkaitan dengan faktor pengaruh bahasa ibunda iaitu bahasa Jepun yang mempunyai pola sebutan tertentu yang berbeza dengan bahasa Melayu. Fenomena ini sangat menarik kerana memperlihatkan proses silang budaya yang berlaku secara tidak langsung memberikan impak tertentu kepada manusia dan bahasa.

Item Type: Conference or Workshop Item (Lecture)
Uncontrolled Keywords: Kata pinjaman, Bahasa Melayu, Bahasa Jepun, Makanan tempatan, Artikulasi
Subjects: P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Faculty/Division: Centre For Modern Languages and Human Sciences
Depositing User: Mr. Tan Wai Chung
Date Deposited: 23 Jul 2018 04:44
Last Modified: 23 Jul 2018 04:44
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/19210
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item