UMP Institutional Repository

Kajian Keprihatinan Ahli Akademik Terhadap Tatacara Berpakaian, Sahsiah dan Rupa Diri Pelajar Universiti Malaysia Pahang

Mohamad Hilmi, Mat Said and Hasan, Ahmad and Mansor, Sulaiman and Rashidi, Abbas (2017) Kajian Keprihatinan Ahli Akademik Terhadap Tatacara Berpakaian, Sahsiah dan Rupa Diri Pelajar Universiti Malaysia Pahang. International Journal of Humanities Technology and Civilization (IJHTC), 2 (1). pp. 91-98. ISSN 2289 7208(print); 2289 9294(online)

[img]
Preview
PDF
Kajian Keprihatinan Ahli Akademik Terhadap Tatacara Berpakaian, Sahsiah dan Rupa Diri Pelajar Universiti Malaysia Pahang.pdf - Published Version

Download (562kB) | Preview

Abstract

Tamadun adalah perkataan Arab “Maddana” yang bermaksud adab, akhlaq, moral dan mempunyai agama yang baik. Manakala hidup bertamadun bermaksud kehidupan yang penuh dengan adab sopan, moral dan berakhlak. Dalam konteks dunia pendidikan hari ini isu tatacara berpakaian, rupa diri, sahsiah dan akhlak pelajar pernah dibincangkan dan diketengahkan di peringkat institusi pengajian tinggi amnya, namun masih tidak menampakkan hasil positif. Kelihatan seolah-olah tiada keseriusan daripada pelbagai pihak untuk mengendalikan dan menjayakan isu ini sebaik mungkin sehingga ke akar umbinya dan secara tidak langsung untuk berusaha menyelesaikannya. Justeru, satu kajian berfokus telah dijalankan terhadap pelajar di Universiti Malaysia Pahang dari pelbagai fakulti. Kajian ini bertujuan meninjau sejauh mana komitmen pensyarah selaku aset penting yang berintegriti tinggi, bernilai dan berakhlak mulia dalam menjalankan amanah mereka mendidik anak bangsa khususnya dalam membangunkan akhlak dan sahsiah diri terpuji dalam kalangan mahasiswa. Kajian ini dilakukan secara tinjauan melalui aplikasi internet iaitu SurveyMonkey kepada lebih dari 100 orang pelajar. Melalui kajian ini terdapat enam perkara yang diperhatikan dan dikaji secara terperinci. Kajian ini berkisar komitmen pelajar dan pensyarah di kampus antaranya ialah komitmen pelajar terhadap pemakaian kad pelajar universiti (kad matrik), komitmen pensyarah memperuntukkan masa dalam kelas bagi menyatakan kepentingan tatacara berpakaian dan rupa diri di kampus, komitmen mengambil tindakan terhadap pelajar yang gagal mematuhi peraturan tatacara berpakaian dan rupa diri, komitmen mengambil tindakan terhadap pelajar yang lewat atau gagal hadir dalam kelas, dan amanah dalam mengisi ruang di slip kehadiran rakan sekuliah dalam kelas. Hasil kajian mendapati bahawa komitmen di kalangan pelajar dan pensyarah kurang memberangsangkan. Perkara ini harus dipandang serius dan sangat membimbangkan kerana penekanan terhadap isu-isu tersebut sangat penting dalam melahirkan pelajar bertamadun iaitu berpengetahuan luas, berkemahiran tinggi dan bersikap, berakhlak serta bersahsiah terpuji.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Etika/Tatacara berpakaian; Rupa diri; Personaliti; Adab; Peradaban
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BJ Ethics
Faculty/Division: Centre For Modern Languages and Human Sciences
Depositing User: Mrs. Neng Sury Sulaiman
Date Deposited: 08 Feb 2018 03:11
Last Modified: 16 May 2018 02:09
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/20289
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item