UMP Institutional Repository

Perbandingan Konjugasi Kata Kerja Bahasa Jerman, Bahasa Arab dan Bahasa Melayu: Satu Tinjauan di UMP

Yanti Salina, Shaari and Khairul Bahri, Abdul Samad and Jamilah Bebe, Mohamad and Mardhiyyah, Zamani and Jamal Rizal, Razali (2017) Perbandingan Konjugasi Kata Kerja Bahasa Jerman, Bahasa Arab dan Bahasa Melayu: Satu Tinjauan di UMP. In: Prosiding: Persidangan Antarabangsa Linguistik Bahasa Melayu 2017, 16-17 November 2017 , USM, Penang, Malaysia. pp. 225-241.. ISSN 978-967-394-303-6

[img]
Preview
PDF
abstrak-latest -PERBANDINGAN KONJUGASI KATA KERJA BAHASA JERMAN.pdf
Available under License Creative Commons Attribution Non-commercial Share Alike.

Download (135kB) | Preview

Abstract

Makalah ini membincangkan hasil perbandingan bentuk konjugasi kata kerja (KK) antara bahasa Jerman (BJ), bahasa Arab (BA) dengan bahasa Melayu (BM) yang dibina oleh pelajar UMP. Menurut Tatabahasa Dewan(2008) penggunaan KK yang tepat memainkan peranan utama kerana KK berfungsi sebagai predikat iaitu sebagai unsur yang menerangkan atau memperihalkan KN dalam sesuatu ayat. KK mempunyai ciri morfologi atau unsur makna sama ada perbuatan, keadaan atau proses (Kamus Linguistik, 1982). Secara lebih khusus, data dalam kajian ini melibatkan penggunaan konjugasi sistem kala kini atau Präsens BJ dan ع ملا لعفلا راض ) Fi’il Mudhari’) BA yang diambil daripada jawapan para pelajar yang mengambil kursus BA dan BJ. Berdasarkan tema “Memperkenalkan Diri”, terdapat 10 kata kerja berbentuk Präsens dalam BJ dan عراضملا لعفلا ) Fi’il Mudhari’) dalam BA. Data ini dianalisis secara deskriptif melalui pendekatan kontrastif dengan BM berasaskan Tatabahasa Dewan. Hasilnya menunjukkan bahawa terdapat perbezaan dan kepelbagaian bentuk konjugasi KK yang dibina oleh para pelajar. Dalam hal ini, pengkaji mendapati para pelajar ini sering keliru ketika mengkonjugasikan KK dalam bahasa Asing (BAs) kerana terdapat pengaruh bahasa pertama (B1) dalam struktur konjugasi yang dibina. Hal ini dapat dikaitkan dengan faktor dalaman dan luaran bahasa iaitu pengaruh tatabahasa B1 yang kuat dan juga tahap penguasaan tatabahasa BAs yang masih lemah atau belum memadai.

Item Type: Conference or Workshop Item (Lecture)
Uncontrolled Keywords: analisis kontrastif, konjugasi, Präsens, Fi’il Mudhari’, kata kerja
Subjects: P Language and Literature > PD Germanic languages
P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Faculty/Division: Centre For Modern Languages and Human Sciences
Depositing User: Ms. Yanti Salina Shaari
Date Deposited: 26 Feb 2018 03:02
Last Modified: 26 Feb 2018 03:02
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/20610
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item