UMP Institutional Repository

Pengurusan dana masjid dan surau berpandukan pencapaian maqasid syariah

Tuan Sidek, T. Muda and Rashidi, Abbas and Mansor, Sulaiman (2017) Pengurusan dana masjid dan surau berpandukan pencapaian maqasid syariah. In: 4th International Conference on Masjid, Zakat and Waqf Management (IMAF-2017), 4-5 Disember 2017 , Institut Latihan Islam Malaysia, Bangi. pp. 1-8.. ISBN 978-967-13087-3-8

[img]
Preview
Pdf
14. Pengurusan dana masjid dan surau berpandukan pencapaian maqasid syariah.pdf

Download (36kB) | Preview

Abstract

Mempunyai kewangan yang kukuh dan membelanjakannya pada perkara yang sepatutnya mengikut keutamaan adalah antara resipi kejayaan sesebuah institusi termasuklah masjid dan surau. Di Malaysia, kebiasaannya pendapatan masjid dan surau di jana melalui sumbangan pihak berkuasa, sumbangan badan-badan korporat dan orang ramai. Ada masjid-masjid yang mempunyai dana yang mencukupi, ada yang berlebihan dan ada juga yang sebaliknya. Satu perkara penting yang perlu diambil berat oleh pelbagai pihak khususnya pihak berkuasa agama, pengurusan masjid dan surau ialah bagaimana dana ini dapat diuruskan dengan baik dan berkesan sesuai dengan peranannya di tengah-tengah masyarakat sehingga dapat memenuhi peranannya sebagai sebuah pusat kemasyarakatan seperti di zaman Rasulullah s.a.w.. Sehubungan dengan itu, tulisan ini dikemukakan untuk mencadangkan beberapa panduan pengurusan perbelanjaan dana masjid dan surau berpandukan kepada ukuran pencapaian maqasid syariah. Maqasid syariah ialah satu kaedah pengukuran berpandukan kepada pencapaian matlamat dan keutamaan bagi mendatangkan kebaikan (maslahah) dan menolak pelbagai kemudaratan (mafsadah). Tulisan ini akan mengemukakan panduan keutamaan dalam pengurusan perbelanjaan dana masjid berpandukan kepada pelbagai kaedah pengukuran maslahah dan mafsadah bagi mencapai maqasid syariah.

Item Type: Conference or Workshop Item (Lecture)
Uncontrolled Keywords: Pengurusan; Kewangan; Masjid; Maqasid syariah; Maslahah.
Subjects: P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Faculty/Division: Centre For Modern Languages and Human Sciences
Depositing User: Pn. Hazlinda Abd Rahman
Date Deposited: 12 Jul 2018 01:58
Last Modified: 12 Jul 2018 01:58
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/21007
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item