Kesan kejadian histeria terhadap guru di sekolah-sekolah menengah di daerah Kuantan

Siti Aisyah, Romli (2017) Kesan kejadian histeria terhadap guru di sekolah-sekolah menengah di daerah Kuantan. Masters thesis, Universiti Malaysia Pahang (Contributors, Thesis advisor: Mahyuddin, Ismail).

[img]
Preview
Pdf
Kesan kejadian histeria terhadap guru di sekolah-sekolah menengah di daerah Kuantan.wm.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kejadian histeria merupakan suatu fenomena yang bersifat sarwajagat dan berlaku di seluruh dunia, hatta di Malaysia, dikesan sejak puluhan tahun yang lalu dalam kalangan remaja. Kesannya melibatkan banyak pihak. Proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah turut terjejas berikutan kejadian tersebut. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menentukan sejauh mana kesan kejadian tersebut terhadap psikologi dan fizikal guru. Kajian ini dirangka menggunakan pendekatan kuantitatif dan melibatkan kaedah tinjauan (survey) dengan penggunaan soal selidik sebagai alat kajian. Melalui kajian rintis, nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach kajian ini adalah 0.872. Sampel kajian terdiri daripada 148 orang guru di enam buah sekolah sekitar daerah Kuantan yang terlibat dalam kejadian histeria. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) dengan teknik statistik berbentuk deskriptif frekuensi, peratusan, min dan sisihan piawai. Konstruk psikologi yang terlibat merangkumi pelbagai item reaksi emosi seperti kebimbangan, ketakutan, kegelisahan, panik, hilang fokus dan sentiasa berhati-hati. Manakala konstruk fizikal pula merangkumi item keupayaan tubuh, kesakitan, kefungsian dan kecederaan yang dialami guru. Hasil kajian menunjukkan tahap kesan terhadap psikologi guru lebih tinggi berbanding kesan terhadap fizikal. Kejadian histeria menyebabkan guru mengalami gangguan emosi dan stres.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Thesis (Sarjana Teknologi Kemanusiaan) -- Universiti Malaysia Pahang – 2017, SV: DR. MAHYUDDIN BIN ISMAIL, NO. CD: 10859, 11509
Uncontrolled Keywords: Histeria; sekolah menengah
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
Faculty/Division: Centre For Modern Languages and Human Sciences
Depositing User: Mrs. Sufarini Mohd Sudin
Date Deposited: 19 Sep 2018 01:37
Last Modified: 15 Mar 2023 03:06
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/22053
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item