Norhidayah, Mohamad Nawawy and Hasan, Ahmad (2018) Pembinaan akhlak transgender mak nyah muslim. In: Proceedings Book: National Conference for Postgraduate Research (NCON-PGR 2018) , 28-29 August 2018 , Universiti Malaysia Pahang, Gambang, Pahang. pp. 373-381.. ISBN 978-967-22260-5-5
|
Pdf
Pembinaan akhlak transgender mak nyah muslim.pdf Download (219kB) | Preview |
Abstract
Agama merupakan asas dalam pembinaan akhlak manusia. Tanpa ikatan agama yang kukuh, pembinaan akhlak tidak akan mantap malah hanya bersifat sementara sahaja dan boleh membawa kepada akhlak yang rosak. Objektif kajian ini adalah untuk melihat sejauh mana perlakuan ibadah solat mempunyai kaitan dalam proses pembinaan akhlak seseorang Transgender Mak Nyah Muslim. Hasil kajian ini telah menunjukkan bahawa dengan perlakuan ibadah solat, seseorang transgender itu mampu mempunyai ketahanan diri dari segi mental dan fizikal serta mampu memjaga nilai dan harga diri dalam menghadapi cabaran hidup. Seperti mana yang kita ketahui kedudukan golongan transgender ini dari perspektif Islam amat jelas adalah haram. Jelasnya dengan kemunculan golongan transgender ini tidak dinafikan telah memberi impak yang negatif terhadap pembinaan sahsiah dan akhlak dalam masyarakat Islam. Fokus kajian ini juga telah membincangkan tentang hikmah perlakuan ibadah solat dapat membina akhlak dalam kalangan transgender mak nyah muslim. Justeru itu, kajian ini telah menggunakan kaedah kajian kualitatif melalui dapatan data sekunder yang melibatkan bentuk tulisan seperti al-Quran dan as- Sunnah, kitab-kitab akhlak yang muktabar, jurnal, artikel, laporan prosiding dan sebagainya. Rumusan kajian ini juga menunjukkan bahawa amalan solat berupaya membimbing akhlak dan gerak geri manusia kepada jalan yang lebih sejahtera dan terpelihara dari segala anasir yang menyebabkan kerosakan serta perbuatan diluar batasan agama. Dengan amalan ini secara tidak langsung menjadikan kehidupan seseorang muslim itu akan dibina melalui akhlak yang mulia. Memetik kata-kata Ibnu Khaldun menjelaskan turun naiknya sesebuah negara atau tamadun bergantung kepada sejauh mana umatnya memegang dan mengamalkan nilai-nilai akhlak yang tinggi.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Lecture) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Pembinaan Akhlak; Transgender; Solat |
Subjects: | A General Works > AC Collections. Series. Collected works |
Faculty/Division: | Centre For Modern Languages and Human Sciences Institute of Postgraduate Studies |
Depositing User: | Pn. Hazlinda Abd Rahman |
Date Deposited: | 21 Aug 2019 05:43 |
Last Modified: | 06 Aug 2020 07:40 |
URI: | http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/23115 |
Download Statistic: | View Download Statistics |
Actions (login required)
View Item |