UMP Institutional Repository

Modul Malay for Beginners

Juwairiah, Osman and Jamilah Bebe, Mohamad (2018) Modul Malay for Beginners. Penerbit UMP, Kuantan, Pahang. ISBN 978-967-2226-06-2

[img]
Preview
Image
Cover_Malay for Beginners.jpg

Download (2MB) | Preview
[img]
Preview
Pdf
MODUL MALAY FOR BEGINNERS 2018.pdf

Download (200kB) | Preview

Abstract

Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi negara Malaysia dan kini boleh dikatakan sebagai bahasa antarabangsa kerana sudah tersebar luas di serata dunia. Bahasa Melayu digunakan dalam komunikasi pelbagai bangsa dan etnik. Fungsi dan kewujudan bahasa Melayu tidak lagi dapat dinafikan dan sudah terbukti penggunaannya sejak zaman berzaman. Buku ini ditulis khas pada para pelajar antarabangsa dari pelbagai negara dalam mempelajari dan menguasai bahasa Melayu khususnya dalam komunikasi harian. Bahasa Melayu merupakan bahasa Kebangsaan negara ini. Modul ini bertujuan untuk memperkenalkan bahasa Melayu dan membolehkan para pelajar antarabangsa berkomunikasi dalam perbualan harian dengan menggunakan bahasa Melayu. Lantaran itu, modul ini menampilkan empat kemahiran bahasa yang utama, iaitu mendengar, menulis, membaca dan bercakap. Kesemua elemen ini apabila dikuasai secara seimbang oleh seseorang, maka ia akan berupaya menguasai bahasa yang baru dipelajari termasuk bahasa Melayu. Seterusnya modul ini menjadikan negara Malaysia sebagai latar belakang konteks perbincangan dan contoh. Diharapkan para pelajar antarabangsa dapat menguasai dan mempraktikkan bahasa ini dengan lebih mudah, cepat, dan berkesan. Seandainya terdapat kesilapan atau kelemahan dalam penulisan modul ini, penulis memohon pandangan yang membina dalam menambahbaik kandungannya agar lebih berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran pada masa depan. Akhir kata, Takkan Hilang Melayu di Dunia selaras dengan kata-kata Hang Tuah maka sebagai penulis dan guru bahasa Melayu saya mengharapkan usaha memartabatkan dan mempopularkan bahasa Melayu dilakukan secara bersama-sama oleh semua pihak.

Item Type: Book
Additional Information: rujukan internal sahaja
Subjects: L Education > L Education (General)
P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Faculty/Division: Centre For Modern Languages and Human Sciences
Depositing User: Ms. Juwairah Osman
Date Deposited: 29 Jan 2019 05:03
Last Modified: 29 Jan 2019 05:03
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/23589
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item