Guru Bahasa UMP Hasil Inovasi Rangkul Anugerah

Juwairiah, Osman and Rosjuliana Hidayu, Rosli (2019) Guru Bahasa UMP Hasil Inovasi Rangkul Anugerah. UMP News . p. 1. (Unpublished)

[img]
Preview
Image
img PN ROSJULIANA. PN JUWAIRIAH. PN AINUN JARIYAH. PN AZLINA - INNOPLEN 2019.jpg

Download (266kB) | Preview
[img]
Preview
Image
img PN ROSJULIANA - INNOPLEN.jpg

Download (278kB) | Preview
[img]
Preview
Image
img PN JUWAIRIAH - INNOPLEN 2019...jpg

Download (304kB) | Preview
[img]
Preview
Pdf
Guru Bahasa UMP Hasil Inovasi.pdf

Download (64kB) | Preview

Abstract

Kuantan, 28 Mac- Hasil kajian dan inovasi seramai empat Guru Bahasa Universiti Malaysia Pahang (UMP) dari Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusiaan (PBMSK) membanggakan apabila membawa pulang tiga pingat emas dan satu perak dalam Pertandingan Innovation, Product Launching and Entreprenuership (INNOPLEN) 2019 yang berlangsung di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (Polisas) baru-baru ini. Kajian oleh Rosjuliana Hidayu Rosli bertajuk `Transformasi Teknik Pembelajaran Interaktif Bahasa Arab Melalui E-Pembelajaran Interaktif EL RESALA. ARABIC’ menang pingat emas dan dinobatkan tempat pertama bagi kategori bukan teknikal serta diiktiraf "Certificate Honour as Presenter". Pembelajaran ini sangat membantu pelajar dalam meningkatkan kemahiran mengingati kosa kata bahasa Arab dengan pantas malahan telah memanfaatkan golongan jurutera daripada industri luar yang memerlukan kelas persediaan Bahasa Arab sebelum ke negara timur tengah. Selain itu, Juwairiah Osman yang menghasilkan Carta Alir Seronoknya Cakap Bahasa Melayu melalui Model Kolb (CAS-BM: Bahasa Melayu Antarabangsa) turut menang pingat emas dan merangkul tempat kedua keseluruhan bagi kategori bukan teknikal serta turut diiktiraf "Certificate Honour as Presenter". Menurut Juwairiah, inovasi dan penyelidikan dijalankan untuk memantapkan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu kepada para pelajar luar negara yang melanjutkan pengajian di UMP. Inovasi dilakukan melalui pembelajaran e- Learning, aktiviti di dalam dan luar kelas juga program dalam dan luar universiti sama ada di peringkat negeri mahupun antarabangsa. “Sebagai penutur bukan natif, para pelajar antarabangsa memerlukan motivasi, kaedah pembelajaran interaktif, mudah dan santai daripada guru bahasa sendiri untuk meningkatkan semangat untuk mempelajari bahasa ketiga atau keempat ini,” katanya. Turut sama dalam kumpulan inovasi ini adalah para guru di Jabatan Bahasa Asing iaitu Mardhiyyah Zamani, Rosjuliana Hidayu Rosli, Jamilah Bebe Mohamad, Mohammad Baihaqi Hasni dan Farah Hanan Aminallah serta sokongan Ketua Jabatan Bahasa Asing, Dr. Jamal Rizal Razali. Manakala Teknik Pembelajaran Bahasa Inggeris menggunakan kaedah Drama-tive hasil inovasi Siti Ainun Jariyah Hassan turut berjaya mendapat pingat emas dan diiktiraf "Certificate Honour as Presenter". Pelajar menghasilkan drama berdasarkan situasi yang diberikan. Teknik ini juga menggalakkan pelajar untuk berfikir secara kreatif dan kritis dan membina keyakinan diri pelajar untuk menguasai bahasa Inggeris. Dalam pada itu, hasil kajian Azlina Mohd Ariffin mendapat anugerah pingat perak menerusi kajian "Teknik Pembelajaran Bahasa Sepanyol melalui laman sesawang dan menggunakan courseware Estudiar Español Conmigo". Ianya digunakan untuk membantu pelajar yang mengambil Kursus Bahasa Sepanyol di universiti ini. Berdepan dengan era Revolusi Industri 4.0 pastinya pelbagai usaha dilaksanakan pihak universiti terhadap pendekatan pembelajaran dan pengajaran (P&P) dalam memastikan sentiasa kekal relavan dan bersesuaian dengan perubahan teknologi yang pantas bagi meningkatkan keberkesanan dalam P&P. Hadiah disampaikan oleh Ketua Pengarah Bahagian Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Malaysia, Profesor Dato' Ts. Dr. Mohd Ismail Abd Aziz. Pertandingan disertai 125 kumpulan penyelidik merangkumi 445 peserta bertanding dalam dua kategori teknikal dan bukan teknikal dari universiti awam, IPTS, politeknik, kolej komuniti, jabatan kerajaan dan pihak industri.

Item Type: UMPSA News
Additional Information: Guru-guru bahasa dari Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusiaan (PBMSK), UMP
Subjects: L Education > L Education (General)
P Language and Literature > P Philology. Linguistics
Faculty/Division: Centre For Modern Languages and Human Sciences
Depositing User: Ms. Juwairah Osman
Date Deposited: 12 Nov 2019 04:55
Last Modified: 12 Nov 2019 04:55
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/25180
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item