UMP Institutional Repository

Persepsi pegawai Penguatkuasa Agama Negeri Pahang terhadap Arahan Tetap Pengarah Jaip 2017

Abdul Halim, Abdul Karim and Hasmadi, Hassan (2019) Persepsi pegawai Penguatkuasa Agama Negeri Pahang terhadap Arahan Tetap Pengarah Jaip 2017. In: eProsiding: Cabaran Pengajian Islam Dalam Era Revolusi Industri 4.0 (SePIA 1.0), 25-26 September 2019 , Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS), Pahang, Malaysia. pp. 356-365.. ISBN 978-967-17268-1-5

[img]
Preview
Pdf
Persepsi pegawai Penguatkuasa Agama Negeri Pahang.pdf

Download (290kB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji persepsi pegawai penguatkuasa agama (PPA) terhadap Arahan Tetap Pengarah JAIP 2017. Arahan Tetap Pengarah JAIP 2017 merupakan garis panduan penguatkuasaan undang-undang jenayah syariah di negeri Pahang yang perlu diikuti dan dipatuhi oleh setiap anggota PPA semasa menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka. Permasalahan yang timbul sebelum ini adalah berkaitan kefahaman dan kepatuhan PPA yang mendalam terhadap prosedur, peruntukan undang-undangberkaitan kesalahan jenayah syariah, garis panduan atau SOP bagi menjamin sesuatu proses penguatkuasaan undang-undang syariah berjalan dengan lancar dan sistematik tanpa dihujani kritikan atau persepsi negatif masyarakat awam. Kajian kuantitatif ini berbentuk tinjauan dengan menggunakan soal selidik sebagai alat kajian, adalah bertujuan untuk mengukur tahap pengetahuan PPA terhadap Arahan Tetap Pengarah JAIP 2017. Data kajian yang diperolehi menerusi instrument soal selidik yang telah diedarkan kepada 86 orang anggota PPA negeri Pahang telah diproses dan dianalisis menggunakan kaedah saintifik deskriptif dengan menggunakan perisian ‘Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) for Windows’ versi 22.0.Dapatan kajian menunjukan bahawa nilai min yang diperolehi adalah tinggi (M=4.28). Ia menunjukan bahawa persepsi PPA terhadap pengamalan Araham Tetap Pengarah JAIP 2017 adalah tinggi. Implikasi kajian juga menekan peranan pihak JAIP untuk terus mengatur strategi dan menambahbaik mutu profesion PPA agar dapat meningkatkan kredibiliti dan kewibawaan institusi penguatkuasaan undang-undang syariah di negeri Pahang.

Item Type: Conference or Workshop Item (Lecture)
Uncontrolled Keywords: Persepsi, Pegawai Penguatkuasa Agama, Arahan Tetap Pengarah JAIP 2017
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
Faculty/Division: Center for Human Sciences
Depositing User: Noorul Farina Arifin
Date Deposited: 13 Dec 2019 03:52
Last Modified: 13 Dec 2019 03:52
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/26893
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item