UMP Institutional Repository

Persepsi penjaga terhadap `SAR-KAFA’ dalam usaha membimbing pelajar menguasai kemahiran asas membaca Al-Quran di ‘SAR-KAFA' kariah Masjid Kampung Pandan Satu, Kuantan

Hasmadi, Hassan and Abdul Halim, Taib (2019) Persepsi penjaga terhadap `SAR-KAFA’ dalam usaha membimbing pelajar menguasai kemahiran asas membaca Al-Quran di ‘SAR-KAFA' kariah Masjid Kampung Pandan Satu, Kuantan. In: eProsiding: Cabaran Pengajian Islam Dalam Era Revolusi Industri 4.0 (SePIA 1.0), 25-26 September 2019 , Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS), Pahang, Malaysia. pp. 381-386.. ISBN 978-967-17268-1-5

[img]
Preview
Pdf
Persepsi penjaga terhadap `SAR-KAFA’ dalam usaha membimbing pelajar.pdf

Download (293kB) | Preview
[img]
Preview
Pdf (Open Access)
PERSEPSI PENJAGA TERHADAP `SAR-KAFA’ DALAM USAHA MEMBIMBING PELAJAR MENGUASAI KEMAHIRAN ASAS MEMBACA.pdf

Download (575kB) | Preview

Abstract

Kajian ini merupakan satu kajian kes bagi mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi “Persepsi Penjaga Terhadap Pembelajaran `SAR-KAFA’ di Kariah Masjid Kampung Pandan Satu, Kuantan”. Sungguhpun asas kajian adalah untuk mendapatkan rumusan terhadap persepsi penjaga, namun faktor-faktor yang dikaji adalah juga meliputi tahap keyakinan penjaga, kesediaan serta kerjasama penjaga dan lain-lain yang berkenaan. Proses pengumpulan data dilakukan dengan menggunakan borang soal-selidik sebagai instrumen utama. Kajian ini melibatkan semua penjaga pelajar. Sebanyak 52 set borang soal-selidik telah disedia dan diedarkan kepada penjaga melalui pihak pengurusan `SAR-KAFA’. Data-data yang telah dikumpul, dianalisis dengan menggunakan aplikasi perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) for Windows Version 23. Darjah kebolehpercayaan (nilai alpha cronbach) bagi item soal-selidik adalah .879. Dapatan kajian dipersembahkan dalam bentuk kekerapan, peratusan dan min. Kajian mendapati bahawa tahap keyakinan penjaga berada pada tahap tinggi dengan purata min ialah 4.4511 sementara tahap kesediaan penjaga adalah lebih tinggi dengan purata min 4.6250. Manakala nilai min bagi persepsi penjaga pula ialah 4.3533. Hasil dapatan menunjukkan bahawa faktor-faktor yang dikaji telah memberi persepsi awal serta sangat mempengaruhi penjaga terhadap pembelajaran anak ke SAR-KAFA Kariah Masjid Kampung Pandan Satu, Kuantan, Pahang dalam usaha melahirkan generasi al- Quran. Walaubagaimanapun didapati tidak terdapat hubungan yang signifikan antara persepsi, tahap kesediaan, tahap keyakinan dan tahap kerjasama penjaga dengan faktor demografi keluarga pelajar. Hasil dapatan kajian ini diharapkan dapat membantu kajiankajian lanjutan dan membantu menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh pihak pengurusan SAR-KAFA.

Item Type: Conference or Workshop Item (Lecture)
Uncontrolled Keywords: Persepsi, Kesediaan, Pembelajaran `SAR-KAFA’
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
Faculty/Division: Center for Human Sciences
Depositing User: Noorul Farina Arifin
Date Deposited: 13 Dec 2019 04:08
Last Modified: 24 Dec 2019 05:04
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/26897
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item