Analisis kaedah pembuatan, jasad dan nilai estetika tembikar terenang di Pahang

Mohd Zamani, Mohd Nor Peah (2019) Analisis kaedah pembuatan, jasad dan nilai estetika tembikar terenang di Pahang. PhD thesis, Universiti Malaysia Pahang (Contributors, Thesis advisor: Abdul Wahab, Muhammad Nubli).

[img]
Preview
Pdf
Analisis kaedah pembuatan, jasad dan nilai estetika tembikar terenang di Pahang.wm.pdf

Download (7MB) | Preview

Abstract

Terenang merupakan tembikar tradisional yang menjadi warisan kraf tangan negeri Pahang. Tembikar ini dihasilkan oleh penggiat-penggiat tempatan di Kampung Pasir Durian dan Temin Kraf, Jerantut. Walau bagaimana pun tiada dokumentasi yang terperinci tentang pembuatan tembikar terenang di Temin Kraf berbanding kegiatan di Kampung Pasir Durian. Oleh itu kajian ini bertujuan untuk mengkaji kaedah pembuatan dan jasad tembikar terenang di Temin Kraf serta menganalisis nilai estetika pada dua aspek ini. Kajian ini adalah berbentuk etnografi secara kualitatif. Bagi mencapai objektif kajian, pengutipan data telah menggunakan kaedah pemerhatian, temu bual, analisis artifak, ujian makmal dan perisian PhiMatrix. Pemerhatian dibuat terhadap kaedah pembuatan dan analisis artifak yang bertujuan untuk menganalisis jasad tembikar terenang. Temu bual terhadap penggiat-penggiat pula dijalankan semasa proses pembuatan dan analisis jasad tembikar terenang. Ujian makmal di SIRIM dan UMP bertujuan untuk menganalisis kandungan dan klasifikasi tanah. Analisis grid PhiMatrix pula untuk menganalisis nisbah keemasan pada jasad tembikar terenang. Data dianalisis secara deskriptif dan interpretasi menggabungkan tiga peringkat analisis seni visual iaitu deskripsi (pemerian), analisis, interpretasi dan juga penilaian. Dapatan kajian menunjukkan kaedah pembuatan tembikar terenang di Temin Kraf pada masa kini menggunakan teknologi moden dengan bantuan alatan seperti blunger, ball mill, acuan tuang dan tanur gas. Dari aspek nilai estetika, kajian ini mendapati kaedah pembuatan tembikar terenang mempunyai nilai estetika iaitu prinsip halus yang boleh diperhatikan melalui kemahiran pembuatan dan kejujuran dalam pemilihan bahan. Dapatan analisis pada jasad tembikar terenang menunjukkan terdapat nilai-nilai estetika seperti prinsip halus, prinsip berguna, prinsip bersatu, prinsip berlawan dan prinsip bermakna. Prinsip halus, prinsip bermakna, prinsip bersatu, prinsip berlawan dan prinsip berlambang terdapat pada reka bentuk dan dekorasi jasad tembikar terenang. Prinsip berguna pula terdapat pada nilai fungsi. Dapatan analisis PhiMatrix mendapati reka bentuk dan motif terapan bersesuaian dengan nisbah keemasan. Perubahan kaedah pembuatan membolehkan reka bentuk asal dapat dipelihara dan melahirkan tembikar terenang dimensi baharu. Secara tidak langsung perubahan ini akan memperkayakan lagi nilai estetika pada tembikar terenang. Oleh itu usaha Temin Kraf melestarikan warisan khazanah negeri Pahang perlu mendapat sokongan terutamanya pihak berkaitan supaya terus kekal dan bertahan sehingga hari ini.

Item Type: Thesis (PhD)
Additional Information: Thesis (Doktor Falsafah (Teknologi Kemanusiaan)) -- Universiti Malaysia Pahang – 2019, SV: PROFESOR MADYA DR. MUHAMMAD NUBLI BIN ABDUL WAHAB, NO. CD: 12235
Uncontrolled Keywords: Tembikar terenang; kaedah pembuatan; nilai estetika; PhiMatrix
Subjects: T Technology > TS Manufactures
T Technology > TT Handicrafts Arts and crafts
Faculty/Division: Centre For Modern Languages and Human Sciences
Institute of Postgraduate Studies
Depositing User: Mrs. Sufarini Mohd Sudin
Date Deposited: 26 Feb 2020 09:55
Last Modified: 29 Mar 2023 08:13
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/27997
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item