Permasalahan akidah di kalangan transgender mak nyah muslim

Norhidayah, Mohamad Nawawy and Hasan, Ahmad (2019) Permasalahan akidah di kalangan transgender mak nyah muslim. Jurnal Dunia Pengurusan, 1 (1). pp. 25-43. ISSN 2682-8251. (Published)

[img]
Preview
Pdf
Permasalahan akidah di kalangan transgender mak nyah muslim.pdf

Download (439kB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk memberi penjelasan kepada umum tentang kepentingan berakidah dalam menjalani kehidupan seharian. Akidah bukan sekadar merujuk kepada “kepercayaan” semata-mata, malah ia merujuk kepada beberapa ciri penting yang terkandung dalam pengertian akidah seperti penerimaan dengan hati, pengikraran dengan lidah dan adanya unsur kesanggupan manusia untuk melaksanakan segala perintah Allah SWT yang menjadi tuntutan agama seseorang Muslim. Kajian ini merupakan kajian awal pengkaji berkaitan gejala transgender yang berlaku di Malaysia dan ia juga akan mengupas berkaitan dengan permasalahan akidah dalam kalangan transgender. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor berlakunya permasalahan akidah di kalangan transgender dalam aspek kepercayaan kepada Rukun Iman sahaja. Metod penulisan ini berbentuk kualitatif melalui analisis doktrinal dari sumber primer dan sekunder yang melibatkan bentuk tulisan seperti al-Quran dan hadis, kitab-kitab akidah yang muktabar, jurnal, artikel, laporan prosiding, majalah dan sebagainya. Rumusan kajian ini menunjukkan bahawa pengukuhan berkaitan dengan ilmu akidah amat penting ditekankan kepada golongan transgender mak nyah muslim sejak dari awal kelahiran lagi hinggalah meningkat dewasa. Ia merangkumi tiga konsep utama yang merujuk kepada ilmu akidah iaitu kepercayaan, keyakinan dan keimanan terhadap konsep al-Ilahiyyat, al-Nabawiyyat dan al-Samiyyat Allah SWT. Berdasarkan kepada kefahaman yang jelas terhadap ketiga-tiga konsep ini maka akan menghasilkan golongan transgender yang mempunyai kehidupan yang lebih kukuh akidahnya dalam menjalankan kehidupan seharian. Dapatan kajian mendapati sekiranya golongan transgender ini menggunakan akalnya yang waras tanpa dipengaruhi oleh hawa nafsu dan dikongkong oleh amalan bertaklid kepada kepercayaan yang syirik maka permasalahan akidah dikalangan mereka dapat diselesaikan dengan cara yang baik dan nescaya mereka akan dapat melihat ciri-ciri kekuatan yang ada dalam akidah Islam yang menjadi benteng kepada masalah ummah yang sedang melanda dalam masyarakat Islam hari ini.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Permasalahan Akidah, Transgender, Mak Nyah Muslim
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Faculty/Division: Centre For Modern Languages and Human Sciences
Institute of Postgraduate Studies
Depositing User: Noorul Farina Arifin
Date Deposited: 06 Aug 2020 07:57
Last Modified: 06 Aug 2020 07:57
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/28953
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item