Suatu pengenalan struktur asas perlembagaan dari perspektif Malaysia

Wan Ahmad Fauzi, Wan Husain (2021) Suatu pengenalan struktur asas perlembagaan dari perspektif Malaysia. QALAM International Journal of Islamic Humanities Research, 1 (1). pp. 1-12. ISSN 2773-6334. (Published)

[img]
Preview
Pdf (Open Access)
QALAM-2021-1101 Wan Ahmad Fauzi Terbit-1.pdf

Download (233kB) | Preview

Abstract

Doktrin struktur asas perlembagaan dikritik hebat kerana menerimapakai prinsip berlandaskan keputusan Mahkamah Agung India. Mantan Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad menolak keras doktrin tersebut kerana prinsipnya bercanggah dengan Perkara 159 Perlembagaan Persekutuan dan melampaui bidang kuasa sedia ada mahkamah. Artikel ini memeriksa keadaan-keadaan tempatan yang mendirikan struktur asas perlembagaan dari sudut jurisprudens watan. Jurisprudens watan ialah metod berlandaskan sejarah perundangan tempatan melalui penyelidikan mendalam serta pemerhatian fakta-fakta sejarah berkaitan dan dokumen-dokumen perundangan sebelum dan pasca Hari Merdeka. Dapatan menunjukkan Perlembagaan Persekutuan Malaysia secara nyata memelihara keadaan-keadaan tempatan yang mendasari struktur asas kenegaraan dan kedaulatannya tetapi tertakluk pada syarat pindaan yang ketat. Justeru, struktur asas Perlembagaan Persekutuan yang sebenar ialah prinsip kedaulatan berpaksikan pada sumpah Yang di-Pertuan Agong berserta perkara-perkara yang terjumlah dalam Perkara 38(4), Perkara 159(5) dan Perkara 161E Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan Persekutuan ialah undang-undang tertinggi negara justeru Mahkamah hendaklah melaksanakan bidangkuasa sedia ada dan tanggungjawab untuk memelihara ketinggian perlembagaan dan kedaulatan undang-undangnya.

Item Type: Article
Additional Information: Google Scholar, Malaysian Citation Centre (MCC)
Uncontrolled Keywords: Struktur asas perlembagaan; Jurisprudens watan; Prinsip kedaulatan; Adat Melayu, Keadaan-keadaan tempatan
Subjects: J Political Science > JA Political science (General)
Faculty/Division: Faculty of Industrial Management
Depositing User: PM. Dr. Wan Ahmad Fauzi Hashim @ Wan Husain
Date Deposited: 21 Apr 2021 06:40
Last Modified: 21 Apr 2021 06:40
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/31189
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item