Jurisprudens Watan: PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN: Teks, Konteks & Isu-Isu Ketatanegaraan

Wan Ahmad Fauzi, Wan Husain (2018) Jurisprudens Watan: PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN: Teks, Konteks & Isu-Isu Ketatanegaraan. Abad Sinergi Sdn. Bhd., Selangor. ISBN 978-967-5473-47-0 (hardback)

[img] Pdf
ISI BUKU JURISPRUDENS WATAN.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (25MB) | Request a copy

Abstract

Jurisprudens Watan merupakan antara koleksi penyelidikan, penulisan dan bidang kepakaran Datuk Dr. Wan Ahmad Fauzi Bin Wan Husain. Melalui penyelidikan pada tahap PhD, beliau berjaya untuk membukti dan menghasilkan keterangan-keterangan melalui dokumen-dokumen, perjanjian-perjanjian serta instrumen-instrumen sahih (primary sources) yang diiktiraf di sisi undang-undang dan proses penghakiman. Jurisprudens Watan atau kearifan tempatan merupakan perspektif kesarjanaan yang mampu berkembang (seminal) sebagai epistemologi perundangan dan perlembagaan untuk memahami sejarah ke arah pembinaan korpus dan disiplin ilmu. Khazanah dan legasi watan mampu mendasari teori ilmu undang-undang Perlembagaan, falsafahundang-undang, sosiologi undang-undang, sejarah perundangan, budaya perundangan dan sandaran nilai ketatanegaraan (historico-social-legal methodology). Prinsip dan polisi watan diiktiraf dalam Akta Undang-Undang Sivil 1956 (Semakan 1972) juga dokumen-dokumen perundangan di peringkat antarabangsa; Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Mahkamah Keadilan Antarabangsa dan Mahkamah Keadilan Eropah. Antara tujuan utama penyelidikan teks dalam konteks oleh Wan Ahmad Fauzi adalah untuk memupuk kesedaran dan kefahaman dalam kalanagan pemimpin dan rakyat (merentasi kaum) bagi penghayatan semangat perpaduan dalam acuan permuafakatan budaya murni lagi harmonis melampaui batasan generasi dan keturunan warga Malaysia. Bahan-bahan rujukan di dalam buku ini meliputi tempoh masa daripada kurun ke-13 sehingga kurun ke-21. Buku ini adalah kesinambungan daripada buku Kedaulatan Raja-Raja Melayu: Jurisprudens, Governan & Prinsip Perlembagaan Malaysia yang dihasilkan oleh kesarjanaan beliau dalam bidang kepakarannya. Kedua-dua buku tersebut boleh dijadikan asas ke arah penubuhan Institut Diraja Melayu, Sekaligus pemikiran watan Wan Ahmad Fauzi yang disampaikan menerusi buku-buku tersebut juga dapat memperkasakan hubungan baik antara etnik di Malaysia dan menguruskan isu-isu kontemporari melalui kerangka undang-undang.

Item Type: Book
Uncontrolled Keywords: Constitutions, Malaysia, Constitutional law, Civics, Malaysian, Patriotism, Politics and government
Subjects: K Law > K Law (General)
Faculty/Division: Faculty of Industrial Management
Depositing User: PM. Dr. Wan Ahmad Fauzi Hashim @ Wan Husain
Date Deposited: 20 Apr 2021 04:40
Last Modified: 20 Apr 2021 04:40
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/31292
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item