Organisasi Dan Kuasa Adat Silat Seni Gayong

Wan Ahmad Fauzi, Wan Husain (2008) Organisasi Dan Kuasa Adat Silat Seni Gayong. Lembaga Waris Amanah Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia. ISBN 983-409-80-0-6

[img] Pdf
! ORGANISASI SSG (buku).pdf
Restricted to Repository staff only

Download (4MB) | Request a copy
[img]
Preview
Pdf
SILAT SENI GAYONG.pdf

Download (62kB) | Preview

Abstract

Silat Seni Gayong lahir daripada himpunan seni silat asli bangsa Melayu pusaka para pahlawan dan hulubalang sejak zaman keagongan kesultanan Melayu. Silat Seni Gayong diasas daripada ilmu Gayong atau Silat Seni Sendi Harimau. Gayong dibawa ke Semenanjung Tanah Melayu oleh Daeng Kuning 7 bersaudara yang berhijrah dari Pulau Sulawesi Mahaguru Meor Abdul Rahman bin Daeng Uda Mohd Hashim telah mewarisi ilmu Gayong daripada Dato’ Jenal atau Syed Zainal bin Syed Idris Al-Attas, nenda daripada sebelah bondanya iaitu Syarifah Alawiah. Syed Zainal bin Syed Idris Al-Attas menuntut ilmu Gayong di Jambi, Sumatera daripada Daeng Embok Solok. Dato’ Meor Abdul Rahman ada juga menuntut ilmu kebatinan Gayong daripada ayahandanya, Daeng Uda Mohd Hashim bin Daeng Che Ngah Tambah. Ilmu Gayong Mahaguru Meor Abdul Rahman telah dikhatam di Meenam, suatu tempat di Selatan Thailand oleh seorang ghaib yang memperkenakan dirinya sebagai Dato’ Laksamana Hang Tuah. Selepas dikhatamkan, beliau mengadap DYMM Sultan Alang Iskandar Syah, Sultan Perak Darul Ridwan. Baginda Sultan Perak telah menggelarkan Mahaguru Meor Abdul Rahman sebagai ‘Rahman Sendo’. Ilmu Gayong dizahir semula oleh Mahaguru Meor Abdul Rahman dalam tahun 1938 di Taiping, Perak. Mahaguru Meor Abdul Rahman telah menyusun semula ilmu Gayong kepada dua bahagian iaitu Tapak Gayong dan Seni Gayong. Dua bahagian ilmu Gayong ini merangkumi 7 pelajaran yang terdiri daripada Tapak Gayong, Seni Tapak Gayong, Seni Keris, Seni Simbat, Seni Yoi, Seni Berlian dan Seni Cendai. Ilmu yang tersusun ini dinamakan Silat Seni Gayong tanpa mengubah asas, ciri dan konsep asal ilmu Gayong.Kini Silat Seni Gayong adalah satu seni bela diri yang lengkap dan tersusun.

Item Type: Book
Uncontrolled Keywords: silat gayong, Malaysia
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > B Philosophy (General)
Faculty/Division: Faculty of Industrial Management
Depositing User: PM. Dr. Wan Ahmad Fauzi Hashim @ Wan Husain
Date Deposited: 07 May 2021 06:52
Last Modified: 07 May 2021 06:52
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/31303
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item