Perlembagaan kerajaan Perak attestasi kedaulatan watan [Constitution of the government of Perak as the attestation to the indegenous sovereignty]

Wan Ahmad Fauzi, Wan Husain (2021) Perlembagaan kerajaan Perak attestasi kedaulatan watan [Constitution of the government of Perak as the attestation to the indegenous sovereignty]. QALAM International Journal of Islamic and Humanities Research, 1 (3). pp. 1-14. (Published)

[img]
Preview
Pdf
31-Article Text-80-1-10-20210629.pdf

Download (283kB) | Preview

Abstract

Perkembangan perlembagaan bertulis bagi Kerajaan Melayu Perak dapat disaksikan melalui pemakaian Hukum Kanun Melaka diikuti dengan Undang-Undang 99 Perak dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak. Makalah ini bertujuan untuk menghuraikan Undang-Undang 99 Perak dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak melalui kerangka seperti digagaskan dalam Konsep Kedaulatan Watan Raja-Raja Melayu Dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia Menurut Sejarah Perundangan (2017) dari empat aspek, iaitu; pertama, raja adalah pemerintah sebuah kerajaan merdeka; kedua, pemerintahnya mengekalkan agama Islam sebagai anutan; ketiga, pemerintah naik takhta atas syura dan bai’ah; keempat, pemakaian prinsip kedaulatan watan. Makalah ini menggunakan metode kualitatif melalui pendekatan sejarah perundangan berlandaskan jurisprudens watan. Undang-Undang 99 Perak dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak dijadikan sumber primer. Dapatan menunjukkan Undang-Undang 99 Perak dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak merupakan attestasi pemeliharaan kedaulatan yang mendukung Islam sebagai undang-undang watan dan kedaulatan Sultan Perak seperti diwarisi daripada Kesultanan Melayu Melaka. Kedudukan ini amat penting kerana ia menjelaskan prinsip kedaulatan watan Negeri Perak pada hari ini. Pada sisi yang sama, ia memperuntukkan bagaimana prinsip perlembagaan Negeri Perak perlu ditafsirkan.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Kedaulatan watan; Perlembagaan Tanah Melayu, Undang-Undang 99, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak, Jurisprudens Watan
Subjects: J Political Science > JF Political institutions (General)
J Political Science > JS Local government Municipal government
Faculty/Division: Faculty of Industrial Management
Depositing User: Miss. Ratna Wilis Haryati Mustapa
Date Deposited: 30 Jun 2021 08:38
Last Modified: 30 Jun 2021 08:38
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/31581
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item