UMP Institutional Repository

Explorasi aplikasi mudah alih "Bookkeeper' dalam mengurus tadbir kewangan masjid

Mohamad Hilmi, Mat Said and Abi Sofian, Abdul Aziz (2017) Explorasi aplikasi mudah alih "Bookkeeper' dalam mengurus tadbir kewangan masjid. In: e-Proceeding of the 4th International Conference on Masjid, Zakat and Waqf Management 2017 (IMAF-2017), 4-5 December 2017 , Bangi, Selangor, Malaysia. pp. 364-373.. ISBN e-ISBN 978-967-13087-3-8

[img]
Preview
Pdf
364-373-imaf-2017 (1).pdf

Download (840kB) | Preview

Abstract

Penggunaan aplikasi mudah alih (mobile apps) telah menjadi satu fenomena lantaran memudahkan pelbagai urusan dalam kehidupan masyarakat. Perkembangan aplikasi mudah alih ini turut merentas pelbagai bidang termasuk dalam urusan perakaunan. Kajian ini bertujuan untuk meneroka kesesuaian salah satu daripada aplikasi mudah alih perakaunan iaitu “Bookkeeper” dalam pengurusan kewangan masjid. Bagi mencapai objektif yang digariskan, pengkaji menguji perisian tersebut dengan membuat “entri” data replika transaksi perakaunan berkaitan kewangan masjid dan seterusnya menganalisa kesesuaian aplikasi tersebut untuk diimplementasi dalam pengurusan kewangan masjid. Hasil kajian mendapati perisian tersebut boleh diaplikasikan bagi mengurus tadbir pengurusan kewangan masjid selain mendapati keperluan kepada pembangunan perisian aplikasi mudah alih khas dalam mengurus tadbir kewangan masjid.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: Urus tadbir kewangan masjid; perakaunan masjid; aplikasi mudah alih, “Bookkeeper
Subjects: H Social Sciences > HF Commerce
H Social Sciences > HF Commerce > HF5601 Accounting
Faculty/Division: Centre For Modern Languages and Human Sciences
Institute of Postgraduate Studies
Depositing User: Ms. Ratna Wilis Haryati Mustapa
Date Deposited: 16 Sep 2021 13:59
Last Modified: 16 Sep 2021 13:59
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/32053
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item