Pembangunan garis panduan pemuliharaan masjid lama Negeri Pahang

Mohd Rasmawi, Harun and Mohamad Hilmi, Mat Said (2021) Pembangunan garis panduan pemuliharaan masjid lama Negeri Pahang. International Journal of Humanities Technology and Civilization (IJHTC), 1 (10). pp. 93-106. ISSN 2289-7216. (Published)

[img]
Preview
Pdf
Artikel Jurnal IJHTC.pdf

Download (1MB) | Preview
[img]
Preview
Pdf
Paper ICHSC.pdf

Download (1MB) | Preview
DOI/Official URL: http://journal.ump.edu.my/ijht

Abstract

Masjid telah menjadi bukti penyebaran agama Islam di sesebuah tempat termasuklah di negeri Pahang. Pembinaan masjid-masjid baru telah menyebabkan sebahagian bangunan masjid lama tidak digunakan lagi dan bertukar fungsi. Namun, sebahagiannya mempunyai kaitan yang penting dengan sejarah dan tamadun Islam di negeri Pahang. Ini berlaku kerana ketiadaan pengurusan dan pengawasan yang teratur dan sempurna. Justeru, kajian ini dijalankan bagi mencerminkan keperihatinan terhadap warisan berharga di negeri Pahang. Secara khususnya, ianya bertujuan untuk mengesan dan mengenalpasti kewujudan masjid-masjid lama di negeri Pahang, mengkaji kaedah semasa pemuliharaannya dan membangunkan satu garis panduan pemuliharaan masjid warisan negeri Pahang. Metodologi kajian ini dilakukan secara pemerhatian lapangan, temubual, kajian dokumen dan data yang diperoleh pula melalui kaedah kualitatif. Hasilnya, kajian telah menunjukkan bahawa negeri Pahang memiliki masjid-masjid lama yang berpotensi untuk dijadikan sebagai masjid warisan. Pengekalan kewujudan masjid-masjid tersebut adalah melalui kaedah restrorasi, pertukaran fungsi, pemantauan dan perpindahan. Ianya wajar dipulihara dengan mewujudkan inventori masjid-masjid lama negeri Pahang, mewartakan tanah tapaknya, membuka permohonan penggunaan semula bangunannya, menyediakan peruntukan kewangan bagi kerja-kerja baik pulih dan penyelenggaraannya dan mewartakannya sebagai Masjid Warisan negeri Pahang. Kajian ini diharap dapat mencadangkan beberapa buah masjid lama yang berpotensi untuk dipulihara dan seterusnya dapat dimasyhurkan sebagai Masjid Warisan negeri Pahang

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: masjid, masjid lama, masjid warisan, warisan Islam, tamadun Islam.
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
Faculty/Division: Institute of Postgraduate Studies
Center for Human Sciences
Depositing User: Miss. Ratna Wilis Haryati Mustapa
Date Deposited: 20 Sep 2021 15:15
Last Modified: 01 Nov 2021 08:15
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/32108
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item