Kadar nafkah suami kepada isteri dan hubungannya dengan uruf menurut perspektif shariah: suatu perbincangan

Mansor, Sulaiman and Hasan, Ahmad (2021) Kadar nafkah suami kepada isteri dan hubungannya dengan uruf menurut perspektif shariah: suatu perbincangan. International Journal of Humanities Technology and Civilization (IJHTC), 1 (12). pp. 49-58. ISSN 2289-7216. (Published)

[img]
Preview
Pdf
kadar nafkah.pdf

Download (340kB) | Preview

Abstract

Tulisan ini membincangkan berkenaan kadar nafkah suami kepada isteri menerusi perbincangan dalil uruf. Perkara ini dibincangkan disebabkan tiada ketetapan berkenaan jumlah sebenar nafkah yang perlu diberikan kepada isteri untuk dijadikan rujukan, terutama apabila berlaku pertikaian daripada isteri terhadap pengabaian nafkah mereka oleh suami. Bagi mencapai tujuan tersebut, tulisan ini adalah bersandarkan kepada kajian perpustakaan sepenuhnya dengan focus kepada penelitian terhadap rujukan-rujukan dalam bidang fiqh, usul fiqh, tafsir al-Quran dan al-Hadith serta tulisan-tulisan terkini berkenaan isu nafkah isteri. Seterusnya analisis daripada kajian perpustakaan ini menemui bahawa terdapat nas-nas yang memberikan panduan kepada kadar nafkah tersebut tetapi ia masih berlegar dalam lingkungan dalil dzanni yang terbuka untuk dibahaskan. Menerusi penelitian terhadap nas-nas ini mendapati bahawa kadar nafkah tersebut sememangnya didiamkan oleh syarak bagi membuka ruang kepada keterbukaan kadar itu mengikut keperluan-keperluan yang berkaitan masa, tempat dan keadaan tertentu. Akhirnya, tulisan ini mendapati bahawa kadar nafkah tersebut boleh dicadangkan oleh pihak berautoriti menerusi panduan daripada dalil uruf.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: nafkah, shariah
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
K Law > K Law (General)
Faculty/Division: Center for Human Sciences
Depositing User: Dr. Mansor Sulaiman
Date Deposited: 11 Jan 2022 08:25
Last Modified: 11 Jan 2022 08:25
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/33013
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item