UMP Institutional Repository

Tulisan Jawi: Tulisan Serantau

Abd Jalil, Borham (2012) Tulisan Jawi: Tulisan Serantau. In: Seminar Jawi dan Teknologi Peringkat Kebangsaan 2012, 18 Oct 2012 , Dewan Astaka, Universiti Malaysia Pahang. . (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
Prof_Jalil_seminar_jawi.pdf

Download (70kB)

Abstract

Tulisan Jawi telah wujud sejak sekitar tahun 1300 M di Kepulauan Melayu. Perkembangannya berhubung kait dengan ketibaan Islam, khususnya daripada orang Parsi. Abjad Arab yang diperkenalkan ini diubah suai agar sesuai dengan bahasa Melayu klasik lisan. Tulisan Jawi ditulis dari kanan ke kiri, dan ditokok dengan 6 huruf yang tiada dalam bahasa Arab, iaitu ca pa, ga, nga va dan nya. Tulisan ini telah berkembang sejak zaman Kerajaan Islam Pasai kemudian disebarkan ke Kerajaan Melaka, Kerajaan Johor dan juga Aceh pada abad ke-17. Bukti kewujudan tulisan ini di Malaysia adalah dengan terjumpanya Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 702H atau 1303M manakala tulisan Rumi yang paling awal ditemui adalah pada akhir kurun ke-19. Ini menunjukkan tulisan Jawi telah sampai ke negara ini lebih awal berbanding tulisan Rumi. Tulisan Jawi merupakan tulisan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu semasa penguasaan British. Kini tulisan ini digunakan dalam urusan agama Islam dan adat istiadat Melayu di Malaysia. Pada zaman dahulu, tulisan Jawi memainkan peranan penting dalam masyarakat. Tulisan ini digunakan sebagai perantara penting dalam semua urusan pentadbiran, adat istiadat dan perdagangan. Contohnya digunakan dalam perjanjian-perjanjian penting antara pihak-pihak Raja Melayu dengan pihak-pihak berkuasa Portugis, Belanda dan Inggeris. Selain itu, Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 bagi Malaysia antara lain juga tertulis dalam abjad Jawi.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: Tulisan Jawi, Rantau Asia Tenggara, Bahasa Melayu, Huruf Melayu Arab
Subjects: P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Faculty/Division: Centre For Modern Languages and Human Sciences
Depositing User: Noorul Farina Arifin
Date Deposited: 11 Jan 2013 00:49
Last Modified: 03 Mar 2015 08:00
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/3330
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item