Pengaruh Khilafah Othmaniyyah Turki Dalam Pentadbiran Kerajaan Johor Bagi Memartabatkan Sebuah Negara Islam Merdeka Di Asia Tenggara

Abd Jalil, Borham (2011) Pengaruh Khilafah Othmaniyyah Turki Dalam Pentadbiran Kerajaan Johor Bagi Memartabatkan Sebuah Negara Islam Merdeka Di Asia Tenggara. In: Simposium Isu-Isu Sejarah dan Tamadun Islam (SISTI 2011) Peringkat Kebangsaaan , 8-10 April 2011 , Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. . (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
JOHOR_TURKI.pdf

Download (477kB)

Abstract

Kegemilangan kesultanan Johor banyak dipengaruhi oleh hubungannya dengan Khilafah Othmaniyyah. Ia diperintah oleh pemerintah-pemerintah dari Kesultanan Melaka sehingga tahun 1699 Masihi iaitu dengan kemangkatan Sultan Mahmud Shah yang digelar juga “Sultan Mangkat Dijulang.” Mengikut Hikayat Johor karangan Mohd Said Haji Sulaiman, selepas kemangkatan Sultan Mahmud maka putuslah nasab Sultan Johor. Selepas kemangkatannya, kerajaan Johor diperintah oleh golongan Bendahara dengan dilantik putera Tun Habib Dato’ Bendahara Sri Maharaja Padang Saujana Johor sebagai Sultan dengan gelaran Sultan Abdul Jalil (Mohd Said Haji Sulaiman: 1940). Walau bagaimanapun mengikut Salasilah Melayu dan Bugis, keturunan Raja dan Bendahara Johor adalah berasal dari satu keturunan (Mohd Yusuf Md Nor: 1984). Daripada keturunan Bendahara Sri Maharaja inilah negeri-negeri Melayu telah berpecah kepada beberapa buah negeri dengan diperintah oleh Sultan Johor, Sultan Pahang, Sultan Lingga-Riau, Sultan Selangor dan Sultan Perak

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: Turkey History Ottoman Empire, Johor
Subjects: J Political Science > JQ Political institutions Asia
Faculty/Division: Centre For Modern Languages and Human Sciences
Depositing User: Noorul Farina Arifin
Date Deposited: 22 Jan 2013 01:10
Last Modified: 03 Mar 2015 08:00
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/3355
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item