Analisis pola penggunaan portal e-pembelajaran dan pencapaian subjek

Mohamad, Ahmad Muhaimin (2022) Analisis pola penggunaan portal e-pembelajaran dan pencapaian subjek. Journal of ICT in Education, 9 (1). pp. 100-116. ISSN 2289-7844. (Published)

[img] Pdf
3434 - Published Version
Available under License Creative Commons Attribution Non-commercial Share Alike.

Download (4kB)

Abstract

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat Pandemik Covid-19 menyebabkan sebahagian sebahagian besar rutin harian normal berubah termasuk proses pengajaran dan pembelajaran di institusi pendidikan. Alternatif terbaik meneruskan proses pembelajaran tanpa bersemuka ialah memanfaatkan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) iaitu melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dalam talian (PdPDT) sepenuhnya yang memerlukan empat komponen utama; pensyarah, pelajar, pedagogi dan objek pembelajaran (learning object, LO), dan teknologi. Pelajar perlu mencapai objek pembelajaran yang disediakan oleh pensyarah dengan bantuan teknologi. Situasi ini secara tidak langsung memerlukan komitmen dan daya usaha pelajar menguruskan pembelajaran sendiri. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan mengena pasti pola kekerapan capaian pelajar kepada LO bagi salah satu subjek umum universiti dalam tempoh PKP serta perkaitannya dengan pencapaian subjek. Kajian berbentuk kuantitatif ini menggunakan instrumen data log capaian portal e-pembelajaran bagi analisis deskriptif untuk mengenal pasti pola kekerapan capaian dan perkaitan pencapaian. Hasil analisis mendapati pelajar gred A mempunyai pola kekerapan capaian LO lebih tinggi berbanding pelajar gred B dan C. Manakala LO berbentuk dokumen lebih kerap dicapai berbanding LO video. Analisis perkaitan mendapati pola kekerapan capaian LO mempunyai kaitan dengan pencapaian pelajar. Perbincangan akhir kajian mencadangkan pensyarah perlu melaksanakan pengajaran dengan struktur tertentu yang memerlukan pelajar membuat capaian LO bagi membantu pencapaian subjek.

Item Type: Article
Additional Information: Analysis of e-learning portal usage pattern and subject achievement
Uncontrolled Keywords: Objek pembelajaran; Pola kekerapan capaian; Pengajaran dan pembelajaran dalam talian; Aktiviti segerak; Aktiviti tidak segerak
Subjects: L Education > L Education (General)
Faculty/Division: Center for Human Sciences
Depositing User: Dr. Ahmad Muhaimin Mohamad
Date Deposited: 22 Sep 2022 01:40
Last Modified: 22 Sep 2022 01:40
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/33990
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item