Pembangunan model sukuk di Malaysia berasaskan maqasid syariah : rujukan kepada Majallah Ahkam Al-Adliyyah

Muhammad Azizur Rahman, Ramli (2021) Pembangunan model sukuk di Malaysia berasaskan maqasid syariah : rujukan kepada Majallah Ahkam Al-Adliyyah. PhD thesis, Universiti Malaysia Pahang (Contributors, Thesis advisor: Mansor, Sulaiman).

[img]
Preview
Pdf
Pembangunan model sukuk di Malaysia berasaskan maqasid syariah.ir.pdf - Accepted Version

Download (361kB) | Preview

Abstract

Pembangunan model sukuk yang di maksudkan dalam kajian ini adalah inovasi dan idea-idea baru bagi mengatasi isu-isu kritikan terhadap penerbitan sukuk(Al-Amine, 2015). Di dapati isu kritikan terhadap penerbitan sukuk sejak tahun 2008, iaitu penerbitan sukuk yang masih lagi terikut-ikut dengan semangat dan trend bon konvensional masih lagi relevan (Mohamed Naim et al., 2013; B. Muhammad & Usmani, n.d.; Wajdi Dusuki, 2010; Yousri, 2008). Malah isu percanggahan pandangan dan tidak wujud keseragaman dalam kelulusan syariah menyebabkan ada sukuk yang tidak diterima disebuah negara lain. Ia menjadi cabaran yang mendatang apabila wujud ketidakjelasan dalam memahami aplikasi maqasid syariah, dan maslahah yang membawa kepada penyelewengan dan penyalahgunaan maqasid untuk membenarkan perkara yang dilarang oleh syara’.Ia ditambah pula dengan ketidaksediaan sikap sesetengah institusi untuk mengamalkannya kerana kekurangan pengetahuan dalam maqasid syariah dan ekonomi Islam yang lantas menyebabkan manipulasi kontrak kewangan. (A. W. Dusuki, 2010; A. W. Dusuki & Bouheraoua, 2011; Ries & Universiti, 2015). Oleh itu, tujuan umum kajian ini adalah untuk membangunkan satu cadangan garis panduan dalam pembangunan model sukuk berdasarkan maqasid syariah melalui Qawaid Fiqhiyyah yang mempunyai ciri-ciri maqasid syariah dalam syeksen undang-undang Majallah ahkam al-adliyyah yang digubal oleh kerajaan Uthmaniyyah. Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif yang di rekabentuk menggunakan rekabentuk kajian penerokaan (explorative research) mengguna pakai kaedah kajian kes (Creswell, 2013). Sebanyak tujuh responden terdiri daripada pakar dalam bidang pasaran modal Islam dan maqasid syariah telah ditemubual. Dapatan kajian menunjukkan peranan maqasid syariah dalam pembangunan sukuk di gunakan untuk menangani isu kontroversi syariah melalui pendekatan makhraj fiqh (jalan keluar pertembungan pandangan) yang memerlukan penggunaan maslahah dalam menstruktur sukuk. Dapatan juga menunjukkan syeksen 30, 25-27 dan syeksen 2 & 3 boleh ditonjolkan untuk menjaga perkara daruriyat dalam sukuk seperti nilai keadilan dan menepati kehendak syariah dalam proses penerbitan sukuk. Begitu juga, syeksen 85 dan 87 boleh ditonjolkan untuk menjaga perkara hajiyat seperi menilai tanggungjawab pemodal, pengurus dana dan penerbit tentang amanah dan kerja yang ditanggung bersama. Justeru itu,garis panduan dan senarai semak yang telah dibina yang merujuk kepada Majallah Ahkam Al-`Adliyyah dilihat sebagai nilai tambah kepada penghujahan syariah (Shariah Prononucement). Manakala, penglibatan pemegang amanah dalam kawal selia sukuk dalam konteks pematuhan syariah sebagaimana yang dicadangkan oleh penyelidikan, akan memperkukuhkan lagi semak imbang pematuhan syariah dalam sukuk. Kesimpulannya, syeksen undang-undang di dalam Majallah Ahkam Al-Adliyyah dapat menjelaskan lebih lanjut bagaimana mencapai maslahah dan menjauh dari mafsadah dalam membangunkan model baru sukuk akan datang.

Item Type: Thesis (PhD)
Additional Information: Thesis (Doctor of Philosophy) -- Universiti Malaysia Pahang – 2021, SV: DR. MANSOR BIN SULAIMAN, CD: 13064
Uncontrolled Keywords: Pasaran Modal Islam, Pembangunan Sukuk , Majallah Ahkam Al-Adliyyah, Maqasid Syariah
Subjects: Q Science > Q Science (General)
Faculty/Division: Institute of Postgraduate Studies
Center for Human Sciences
Depositing User: Mr. Nik Ahmad Nasyrun Nik Abd Malik
Date Deposited: 14 Oct 2022 03:10
Last Modified: 01 Nov 2023 08:15
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/34695
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item