Kefasihan bacaan Al-Fatihah: Analisis dalam kalangan pelajar kejuruteraan

Mohamad, Ahmad Muhaimin (2022) Kefasihan bacaan Al-Fatihah: Analisis dalam kalangan pelajar kejuruteraan. Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED), 7 (45). pp. 156-165. ISSN 0128-1755. (Published)

[img]
Preview
Pdf
JISED-2022-45-06-13.pdf

Download (307kB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap kefasihan bacaan Al-Fatihah dalam kalangan pelajar peringkat diploma, sarjana muda, dan sarjana muda berkembar (dualdegree) yang mengikuti program pengajian berteraskan kejuruteraan. Kutipan data dibuat menerusi tugasan individu dalam subjek wajib universiti iaitu kemahiran Insaniah. Seramai 712 pelajar Muslim dilibatkan dalam kajian ini dengan menggunakan teknik persampelan bertujuan. Semua tugasan dan penilaian dibuat menerusi portal e-pembelajaran. Penilaian secara kualitatif iaitu analisis isi kandungan diikuti analisis kuantitatif iaitu deskriptif, ujian ANOVA satu hala, dan pengiraan korelasi Pearson bertujuan menjawab persoalan kajian dan menguji hipotesis. Hasil analisis mendapati terdapat perbezaan signifikan antara kumpulan pelajar bagi tahap kefasihan bacaan Al-Fatihah. Perbincangan mencadangkan tahap kognitif, aras pemikiran, didikan individu, dan latar belakang keluarga sebagai faktor utama mempengaruhi tahap kefasihan bacaan Al-Fatihah. Implikasi dan cadangan kajian lanjutan dinyatakan sebagai sumbangan kajian mempengaruhi tahap kefasihan bacaan Al-Fatihah. Implikasi dan cadangan kajian lanjutan dinyatakan sebagai sumbangan kajian.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Bacaan Al-Fatihah; Pendikan Islam; Perbandingan antara kumpulan
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Faculty/Division: Center for Human Sciences
Depositing User: Dr. Ahmad Muhaimin Mohamad
Date Deposited: 03 Oct 2022 06:37
Last Modified: 03 Oct 2022 06:37
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/34740
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item