Mazli, Mamat and Rahimi, Ramli (2022) Peranan agen sosialisasi ibu bapa terhadap pengetahuan politik mahasiswa Melayu di universiti awam. International Journal of Humanities Technology and Civilization (IJHTC), 7 (1). pp. 33-43. ISSN 2289-7216. (Published)
|
Pdf
The influence of parental socialization agents.pdf Available under License Creative Commons Attribution. Download (341kB) | Preview |
Abstract
Had umur minimum kelayakan pengundi diturunkan kepada usia 18 tahun dan pemansuhan Seksyen 15(2)(c) AUKU telah menjadi tanggungjawab besar negara untuk mempersiapkan golongan muda menjadi pengundi yang matang. Sebahagian mereka ini terdiri dalam kalangan mahasiswa universiti. Siap siaga mahasiswa yang berpengetahuan sebagai pengundi dalam pilihan raya berkait rapat dengan proses sosialisasi yang dilalui oleh mereka. Oleh itu, makalah ini bertujuan untuk membincangkan tahap pengetahuan mahasiswa serta peranan ibu bapa sebagai agen sosialisasi politik terawal dan berstruktur dalam menyumbang kepada pengetahuan politik mahasiswa. Responden yang terlibat dalam kajian ini ialah mahasiswa berbangsa Melayu di empat buah Universiti Awam terpilih sekitar Lembah Klang. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan data kajian diperoleh melalui borang soal selidik yang dikumpul semasa tinjauan dilakukan di lapangan. Sampel kajian terdiri daripada 441 orang responden mahasisiwa Melayu yang dipilih berdasarkan pensampelan berstrata dan persampelan mudah. Hasil kajian mendapati pengetahuan politik responden mahasiswa bukanlah diperolehi daripada agen ibu bapa secara langsung walaupun mereka mempunyai pengetahuan yang tinggi tentang aspek politik. Oleh itu, mahasiswa ini mendapat pengetahuan khususnya berkaitan politik adalah daripada agen sosialisasi lain namun aspek nilai dan kepercayaan yang disosialisasikan oleh ibu bapa tetap menjadi pertimbangan dan rujukan mereka kerana ibu bapa merupakan agen sosialisasi yang lebih stabil berbanding agen sosialisasi lain.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Mahasiswa; Sosialisasi; Politik; Pengetahuan; Ibu bapa |
Subjects: | L Education > L Education (General) L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education |
Faculty/Division: | Center for Human Sciences |
Depositing User: | Mrs Norsaini Abdul Samat |
Date Deposited: | 17 Aug 2022 02:12 |
Last Modified: | 17 Aug 2022 02:12 |
URI: | http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/34951 |
Download Statistic: | View Download Statistics |
Actions (login required)
View Item |