Kajian kaedah intervensi pembelajaran matematik sekolah rendah menggunakan latihan stroop dan latihan biofeedback

Omar, Ahmad and Abdul Wahab, Muhammad Nubli (2022) Kajian kaedah intervensi pembelajaran matematik sekolah rendah menggunakan latihan stroop dan latihan biofeedback. International Journal of Humanities Technology and Civilization (IJHTC), 7 (2). pp. 19-27. ISSN 2289-7216. (Published)

[img]
Preview
Pdf
A study of primary school mathematics learning.pdf
Available under License Creative Commons Attribution.

Download (366kB) | Preview

Abstract

Program intervensi amat penting dalam membantu pelajar yang lemah pembelajaran matematik di sekolah Kajian ini bertujuan untuk melihat bagaimana teknik latihan Stroop dan latihan Biofeedback boleh digunakan untuk membantu pelajar bagi meningkatkan prestasi skor koheren dan juga prestasi akademik. Kajian lalu membuktikan bahawa latihan Stroop boleh membantu individu meningkatkan daya tumpuan dan teknik latihan Biofeedback juga membantu individu untuk meningkatkan prestasi kognitif dan konsentrasi mereka. Sampel kajian ini terdiri daripada 20 orang pelajar yang berpencapaian rendah dari sekolah rendah di daerah Jerantut, Pahang. Mereka dipilih secara rawak untuk menjalankan 2 sesi latihan iaitu Latihan Stroop dan Latihan Biofeedback yang akan mengambil masa selama 30 minit. Data perubahan diri yang dikumpul melibatkan analisis skor spektrum kuasa VLF, LF, dan HF. Analisis data min skor spektrum HRV, data min Latihan Stroop dan ujian pra/pos digunakan untuk melihat peningkatan skor HRV dan peningkatan akademik pelajar. Dapatan menunjukkan terdapat peningkatan dalam skor HRV pelajar dan prestasi akademik selepas pelajar-pelajar ini mengikuti Latihan Stroop dan Latihan Biofeedback. Kajian ini menunjukkan bahawa teknik Latihan Stroop dan latihan Biofeedback boleh dijadikan kaedah berkesan untuk membantu pelajar lemah bagi meningkatkan pencapaian akademik pelajar.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Intervensi; Latihan Stroop; Latihan Biofeedback; Matematik Sekolah Rendah; Pencapaian Pelajar
Subjects: L Education > LC Special aspects of education
Faculty/Division: Institute of Postgraduate Studies
Center for Human Sciences
Depositing User: Prof. Dr. Muhammad Nubli Abdul Wahab
Date Deposited: 19 Dec 2022 07:54
Last Modified: 19 Dec 2022 07:58
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/35382
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item