Model kecemerlangan prestasi IPT berasaskan nilai teras pendekatan pemodelan persamaan struktur (PPS)

Mohd Rashid, Ab Hamid (2012) Model kecemerlangan prestasi IPT berasaskan nilai teras pendekatan pemodelan persamaan struktur (PPS). Faculty of Science and Technology, Universiti Kebangsaan Malaysia.

[img]
Preview
PDF
MOHD_RASHID_BIN_AB_HAMID.PDF

Download (1MB)

Abstract

Kaedah pengukuran prestasi organisasi telah mengalami perubahan daripada mengukur perkara zahir sahaja kepada mengukur perkara tidak zahir. Perkara zahir mi antaranya meliputi faktor kewangan seperti pulangan modal, aliran tunai dan keuntungan, manakala, perkara tidak zahir adalah yang berkaitan dengan faktor bukan kewangan seperti nilai-nilai teras organisasi. Oleh itu, kajian mi bertujuan untuk menguji Model Kecemerlangan Prestasi yang terdiri daripada enam kriteria pencapaian bersandarkan nilai teras iaitu kepimpinan, budaya, fokus produktiviti, fokus pekerja, fokus pernegang taruh dan prestasi keseluruhan. Setiap daripada enam kriteria mi diukur menggunakan enam penunjuk prestasi nilai teras. Sebanyak 12 hipotesis telah diutarakan untuk menguji perkaitan antara enam kriteria kecemerlangan dalam model tersebut. Pemodelan Persarnaan Struktur (PPS) dengan perisian AMOS versi 18.0 menggunakan penganggaran Kebolehjadian Maksirnum (KM) dan perisian SmartPLS menggunakan penganggaran Kuasa Dua Terkecil Separa (KDTS) digunakan untuk analisis pemodelan. Soal selidik telah dibangun dan diedarkan kepada responden menggunakan teknik pensampelan kelompok clan berstrata terhadap dua kiuster Institusi Pengajian Tinggi (IPT) iaitu kluster Universiti Penyelidikan (RU) yang terdiri daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Malaysia USM) clan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) clan kluster Universiti Berfokus (FU) iaitu Universiti Malaysia Kelantan(UMK), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Malaysia Penis (UniMAP), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Sebanyak 537 soal selidik yang lengkap dipertimbangkan untuk analisis dan keputusan PPS menggunakan penganggaran KM mendapati bahawa statistik padanan Model Kecemerlangan IPT berasaskan Nilai Teras dapat diterima. Dapatan kajian menjelaskan bahawa nilai kepimpinan memberikan kesan yang signifikan kepada (1) nilai budaya universiti, (2) nilai pekerja, dan (3) nilai pemegang tarub. Begitu juga, nilai budaya mempengaruhi secara signifikan (1) nilai produktiviti dan (2) nilai pekerja. Selanjutnya, nilai pekerja mempunyai hubungan yang signifikan dengan nilai produktiviti dan nilai pemegang taruh. Tambahan itu, nilai produktiviti dan nilai pemegang taruh juga memberi kesan langsung yang signifikan kepada prestasi universiti. Namun begitu, keputusan kajian juga mendapati bahawa tidak terdapat hubungan bersebab yang signifikan antara nilai kepimpinan kepada nilai produktiviti, dan nilai budaya kepada nilai pemegang taruh dalam persekitaran universiti. Juga, hubungan bersebab antara nilai pekeija dengan prestasi universiti turut tidak signifikan. Kemudian, keputusan pemodelan rnenggunakan penganggaran KM diuj i dengan penganggaran KDTS dengan mengambil kira semua set data termasuk pencilan. Keputusan tersebut melengkapi pemodelan dengan penganggaran KM terhadap model hipotesis yang diuji. Secara keseluruhannya, kajian mi merurnuskan bahawa perkaitanperkaitan yang signifikan secara statistik dan penting secara praktikal diambil perhatian yang sewajarnya oleh pihak pengurusan demi meningkatkan prestasi universiti melalui penunjuk-penunjuk nilai teras.

Item Type: Undergraduates Project Papers
Uncontrolled Keywords: Leadership Differential equations Organisational change
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor
Depositing User: Shamsor Masra Othman
Date Deposited: 16 May 2013 04:24
Last Modified: 13 Jul 2021 06:25
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/3561
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item