Pembinaan modul kaedah rawatan refleksologi spiritual islam (RSI) dan penilaian keberkesanannya di pusat rawatan islam manarah

Hudi @ Jahid, Hj Sidek (2022) Pembinaan modul kaedah rawatan refleksologi spiritual islam (RSI) dan penilaian keberkesanannya di pusat rawatan islam manarah. PhD thesis, Universiti Malaysia Pahang (Contributors, Thesis advisor: Mahyuddin, Ismail).

[img]
Preview
Pdf
Pembinaan modul kaedah rawatan refleksologi spiritual islam (RSI) dan penilaian keberkesanannya.ir.pdf - Accepted Version

Download (287kB) | Preview

Abstract

Amalan pengubatan Islam mempunyai pelbagai dimensi yang unik. Ada sebahagiannya yang sudah dipelopori dan diamalkan dengan meluas. Ada juga yang masih belum dikaji sepenuhnya dan difahami dengan mendalam. Antara yang dapat dikenalpasti ialah rawatan menggunakan kaedah tepukan dan pukulan secara perlahan atau sederhana kuat yang dikombinasikan dengan bacaan ruqyah, zikrullah, muroqabah, selawat Nabi dan doa pada titik tertentu pada tubuh pesakit. Disebabkan tiada kajian secara mendalam dalam bidang ini, maka pelbagai persoalan timbul khususnya berkaitan dalil penggunaannya dan aplikasinya kepada pesakit. Justeru, kajian ini bertujuan untuk membina sebuah modul kaedah rawatan yang dikenali sebagai rawatan Refleksologi Spiritual Islam (RSI). Kajian ini merupakan kajian penerokaan (exploratory research) dengan mengaplikasikan pendekatan major-kualitatif dan minor-kuantitatif. Melalui pendekatan kualitatif, kebanyakan data diperolehi melalui kajian perpustakaan dan pemerhatian yang telah dilakukan oleh pengkaji selama 25 tahun terhadap kesan dan respon pesakit yang dirawat. Proses pembinaan modul ini mengaplikasikan model ADDIE (Analysis, Design, Develop, Implement & Evaluate) sebagai kerangka kerja. Melalui model tersebut, modul rawatan RSI melalui fasa Analisis (analysis) dokumen dan diikuti dengan reka bentuk (design) dan pembangunan (develop) draf modul. Draf modul RSI ini dibentang dan diulas oleh 5 orang pakar bidang. Pelaksanaan (implement) modul telah dilakukan terhadap 70 orang responden untuk dinilai (evaluate) keberkesanannya. Pada fasa tersebut, proses pengumpulan data menggunakan kaedah kuantitatif digunakan iaitu dengan mengadakan pemerhatian terhadap perbezaan sebelum dan selepas rawatan terhadap 70 responden yang mendapatkan rawatan bermula 1 Januari 2019 sehingga 31 Mac 2019 di Pusat Rawatan Islam Manarah, Kuang, Selangor. Dapatan kajian ini adalah: (i) kaedah rawatan Refleksologi Spiritual Islam (RSI) mempunyai asas dalam Al-Quran dan sunnah; (ii) Modul kaedah rawatan RSI yang lengkap dan komprehensif telah dibangunkan; (iii) maklumbalas dari responden yang mendapatkan rawatan menggunakan kaedah RSI menunjukkan kesan yang positif. Hasil kajian ini menjadi asas untuk mengetengahkan rawatan Refleksologi Spiritual Islam sebagai salah satu cabang dari cabang-cabang amalan pengubatan Islam untuk membantu manusia menikmati kehidupan yang sihat dan sejahtera.

Item Type: Thesis (PhD)
Additional Information: Thesis (Doctor of Philosophy) -- Universiti Malaysia Pahang – 2022, SV: DR. MAHYUDDIN BIN ISMAIL, NO.CD: 13107
Uncontrolled Keywords: refleksologi spiritual islam (RSI), pusat rawatan islam manarah
Subjects: Q Science > Q Science (General)
Faculty/Division: Institute of Postgraduate Studies
Center for Human Sciences
Depositing User: Mr. Nik Ahmad Nasyrun Nik Abd Malik
Date Deposited: 07 Dec 2022 03:03
Last Modified: 01 Nov 2023 08:05
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/35706
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item