Amalan syariah di klinik perubatan swasta: Analisis kajian literatur dalam kualiti perkhidmatan dan kepuasan pesakit

Khosenulhan, Ab. Rahman and Hasan, Ahmad (2020) Amalan syariah di klinik perubatan swasta: Analisis kajian literatur dalam kualiti perkhidmatan dan kepuasan pesakit. In: International Conference on Innovation, Social Science, Supply Chain, Sustainability and Education (ISSED2020) , 18-19 April 2020 , Bayview Hotel Georgetown, Penang, Malaysia. pp. 1-14..

[img]
Preview
Pdf
ISSED2020 (amalan syariah di klinik) (2).pdf

Download (673kB) | Preview

Abstract

Banyak rungutan dan perbincangan dalam kalangan pesakit mengenai bagaimana proses rawatan dan layanan yang didapati di klinik perubatan swasta. Penomana ini berlaku disebabkan terdapat beberapa kelemahan perkhidmatan dalam kalangan pegawai perubatan dan kakitangan melibatkan sikap dan tingkah laku di klinik terlibat. Kepuasan pesakit menjadi satu keperluan yang harus dititiberatkan oleh pengurusan klinik swasta dalam memberi perkhidmatan. Kajian ini akan meneliti perkhidmatan menerusi sistem pengurusan syariah yang boleh memandu pegawai perubatan dan kakitangan klinik berkerja untuk memenuhi keperluan perkhidmatan dan mendapatkan keredaan Allah. Justeru isu-isu membabitkan kelemahan perkhidmatan berasaskan syariah akan diteliti dalam kajian ini. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah kualitatif dengan menggunakan pendekatan analisis dokumen Sebahagian besar data dikutip dari buku, journal, prosiding dan dokumen lain yang berkaitan dengan kajian ini. Hasil analisis dalam kajian ini mendapati bahawa klinik swasta ada menerapkan elemen syariah secara tidak langsung semasa doktor memberi rawatan kepada pesakit. Ini menunjukan bahawa perlaksanaan amalan syariah di sektor kesihatan swasta memang dipraktikan tetapi belum mengoptimakan perlaksanaanya sehingga dapat memberi kepuasan kepada pesakit. Oleh hal yang demikian pentadbiran klinik swasta perlu terus merialisasikan perkhidmatan perubatan patuh syariah serta mengenal pasti ruang-ruang penambahbaikan yang perlu dalam memastikan perkhidmatan mereka berkesan dan dapat memberi kepuasan kepada pesakit.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: klinik swasta, elemen syariah, kepuasan pesakit, doktor, tingkahlaku
Subjects: R Medicine > RA Public aspects of medicine
R Medicine > RA Public aspects of medicine > RA0421 Public health. Hygiene. Preventive Medicine
Faculty/Division: Institute of Postgraduate Studies
Center for Human Sciences
Depositing User: Miss. Ratna Wilis Haryati Mustapa
Date Deposited: 03 Jan 2023 03:04
Last Modified: 03 Jan 2023 03:07
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/36029
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item