Study of threatened level of Che Wong

Jamal Rizal, Razali and Zuraina, Ali and Rashidi, Abbas and Imaduddin, Abidin and Haslinda @ Robita, Hashim and Jamilah Bebe, Mohamad and Abdullah Adnan, Mohamed and Anis Nabilla, Ahmad and Mohd Jihan, Mohd Hassan and Hasmadi, Hassan (2013) Study of threatened level of Che Wong. , [Research Book Profile: Research Report] (Unpublished)

[img]
Preview
Pdf
Study of threatened level of Che Wong.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Jumlah penutur sesebuah bahasa sangat berkaitan dengan kelangsungan hidup (survival) sesebuah bahasa kerana jumlah penutur akan menentukan peranan, kepentingan bahasa dan proses pewarisan budaya dan bahasa ibunda penutur ke generasi berikutnya. Jika keadaan ini tidak diberi perhatian, bahasa tersebut menuju ke arah keusangan dan seterusnya menjadi nazak. Akhimya, bahasa tersebut akan pupus kerana ketiadaan penutur dan juga tidak lagi berfungsi dalam sesebuah komuniti. Kepupusan sesebuah bahasa adalah bencana kepada kelangsungan hidup sesebuah suku bangsa mahupun kemanusiaan itu sendiri kerana melalui bahasa, manusia menyimpan atau merakam pelbagai maklumat seperti falsafah pemikiran, pandangan dunia, maklumat perubatan, garis keturunan dan sebagainya. Di Malaysia, Che Wong iaitu salah satu daripada 18 suku kaum Orang Asli yang tergolong dalam Senoi subgroup sedang mengalami penyusutan jumlah anggota komunitinya yang ketara. Sehingga hari ini, jumlah anggota kaum Che Wong dianggarkan hanya tinggal sekitar 400 ke 600 orang (Sarifuddin 2013:13, rujukjuga JAKOA 2008, 2014)dan situasi ini memberi kesan terhadap bahasa mereka. Bahasa Che Wong dikategorikan dalam Bahasa Aslian (keluarga Bahasa MonKhmer)( Signe Howell 2006:65) atau Bahasa Asli Utara (Sarifuddin 2013:7). Kkajian yang akan dijalankan ini bertujuan untuk mengukur dan menentukan tahap keterancaman bahasa Che Wong yang terkini. Hal ini turut melibatkan pengaruh faktor kontekstual penggunaan bahasa yang mempengaruhi sudut pandang dunia serta sistem kekerabatan komuniti tersebut. Data kajian ini ialah percakapan suku kaum Che Wong akan dikumpul menggunakan pendekatan emik (ernie) dan linguistik lapangan. Pendokumentasian hielibatkan teknik pengumpulan data linguistik yang sistematk, berstruktur dan komprehensif termasuk metadata yang melibatkan aspek kontekstual penggunaan bahasa komuniti tersebut. Adalah diharapkan melalui kajian ini, tahap keterancaman bahasa Che Wong akan dapat dikenalpasti dan data yang didokumentasikan itu akan disimpan dalam bentuk korpus linguistik secara salinan lembut (soft copy), salinan keras (hard copy) dan digital untuk rujukan dan kajian pada masa depan.

Item Type: Research Book Profile
Uncontrolled Keywords: Che Wong; Bahasa terancam; Sikap penutur; Pilihan bahasa
Subjects: P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Faculty/Division: Centre For Modern Languages and Human Sciences
Depositing User: En. Mohd Ariffin Abdul Aziz
Date Deposited: 04 Jan 2023 03:48
Last Modified: 10 Jan 2024 03:01
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/36268
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item