Abdul Wahab, Muhammad Nubli and Zamzain, Ahmad (2008) Pembangunan alat ukur profil personaliti dan modul peningkatan prestasi kaedah biofeedback untuk meningkatkan prestasi diri. , [Research Report] (Unpublished)
|
Pdf
Pembangunan alat ukur profil personaliti dan modul peningkatan prestasi kaedah biofeedback untuk meningkatkan prestasi diri.wm.pdf Download (154MB) | Preview |
Abstract
Program Peningkatan Prestasi Diri memerlukan kepada pendekatan yang lebih berteknologi. Jni untuk membolehkan kedudukan diri peserta sebelum program diukur dengan lebih tepat, seterusnya program memperbaiki prestasi diri boleh dilaksanakan dengan lebih berkesan. Kajian ini dilaksanakan untuk membangunkan alat ukur profil personaliti untuk melihat kedudukan personaliti. Ia juga menggunakan kaedah biofeedback untuk mengukur tahap emosi. Setelah kedudukan emosi dan personaliti diketahui, maka program peningkatan prestasi dibangunkan untuk memperbaiki kelemahan berkenaan. Tujuan program dilaksanakan adalah untuk memperbaiki kelemahan diri seterusnya berupaya meningkatkan prestasi diri sama ada dalam akademik dan kerjaya. Hasil kajian terhadap penggunaan alat ukur personaliti dan emosi mendapati alat berkenaan boleh digunakan untuk mengukur tahap emosi dan personaliti. Hasil ujian terhadap modul program yang dibangunkan juga mendapati prestasi peserta yang mengikuti program ini berjaya ditingkatkan. Tahap pencapaian kerjaya dan akademik peserta juga berada pada kedudukan yang lebih baik dari sebelumnya. Kajian merumuskan bahawa alat dan modul yang dibangunkan berjaya digunakan untuk membantu menyelesaikan masalah kelemahan prestasi diri.
Item Type: | Research Report |
---|---|
Additional Information: | RESEARCH VOTE NO: RDU070316 |
Uncontrolled Keywords: | Program Peningkatan Prestasi Diri; kaedah biofeedback; alat ukur profil personaliti |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology |
Depositing User: | En. Mohd Ariffin Abdul Aziz |
Date Deposited: | 08 Mar 2023 07:52 |
Last Modified: | 08 Mar 2023 07:52 |
URI: | http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/36493 |
Download Statistic: | View Download Statistics |
Actions (login required)
![]() |
View Item |