Urus Tadbir Negeri Pahang Sebelum Zaman Kolonial

Nizamuddin, Alias and Wan Nazrul Helmy, Wan Mohd Zain (2022) Urus Tadbir Negeri Pahang Sebelum Zaman Kolonial. In: Kuala Lumpur International Communication, Education, Language and Social Sciences 20th , 3 – 4 Dec 2022 , Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. pp. 40-45.. ISSN 2682-8855

[img]
Preview
Pdf
(Nizamuddin & Wan Nazrul Helmy, 2022) Urus Tadbir Negeri Pahang Sebelum Zaman Kolonial.pdf

Download (201kB) | Preview

Abstract

Malaysia merupakan sebuah negara yang masih muda dalam konteks negara bangsa (nation state). Seperti negara-negara membangun di rantau ini yang merdeka pada pertengahan kurun ke-20, Malaysia masih lagi bergelut bagi melupakan trauma zaman penjajahan. Penjajah British meninggalkan kesan yang sangat besar dari segi politik, ekonomi dan sosial negara ini. Sekalipun bendera Union Jack diturunkan secara rasmi pada 31 Ogos 1957, tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa masih ramai lagi orang berpandangan bahawa kemajuan yang dikecapi sekarang tidak akan berlaku tanpa kolonialisme. Justeru lebih banyak wacana dekolonisasi mesti dibuat bagi memecahkan pandangan sedemikian. Orang Melayu sudah pun memiliki ketamadunan tersendiri sejak dari zaman yang silam. Kertas ini meninjau struktur pentadbiran tradisional yang ada di negeri Pahang sebelum Zaman Kolonial. Tumpuan diberikan kepada Sistem Pembesar Empat Lipatan dan pemakaiannya di Pahang. Metodologi yang digunapakai ialah analisis teks dengan pendekatan kualitatif. Untuk itu, kajian kepustakaan menjadi pilihan utama dengan mengambil kira teks-teks Melayu lama, catatan-catatan pengembara ke Pahang, rekod-rekod British dan penulisan oleh sejarawan. Lama sebelum kedatangan kuasa Eropah ke rantau ini, penduduk tempatan telah memiliki kerajaan dan sistem pemerintahan yang tersendiri. Sistem tersebut adalah berdasarkan sejarah dan tradisi Pahang, serta disesuaikan dengan bentuk mukabumi negeri tersebut dan keperluan mereka.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: Sistem pemerintahan; pentadbiran; aristokrat
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
J Political Science > JQ Political institutions Asia
Faculty/Division: Faculty of Industrial Management
Depositing User: Mr. Wan Nazrul Helmy Wan Mohd Zain
Date Deposited: 14 Aug 2023 05:01
Last Modified: 14 Aug 2023 05:01
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/36668
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item