Jurisprudens Watan: Suatu Pengenalan Prinsip Tadbir Urus yang Baik Dilihat Melalui Perkara 181(1) Perlembagaan Persekutuan Malaysia [Watanic Jurisprudence: An Introduction To The Principles of Good Governance Viewed from Article 181(1) of The Federal Cons]

Wan Ahmad Fauzi, Wan Husain and Amer Hudhaifah, Hamzah (2022) Jurisprudens Watan: Suatu Pengenalan Prinsip Tadbir Urus yang Baik Dilihat Melalui Perkara 181(1) Perlembagaan Persekutuan Malaysia [Watanic Jurisprudence: An Introduction To The Principles of Good Governance Viewed from Article 181(1) of The Federal Cons]. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari (JIMK), 23 (3). pp. 218-231. ISSN 1985-7667. (Published)

[img]
Preview
Pdf
704-Article Text-2604-1-10-20230101.pdf

Download (282kB) | Preview

Abstract

Tadbir urus yang baik mempunyai prinsip etika yang tertakluk pada doktrin suatu perlembagaan. Doktrin perlembagaan pula mempunyai hubungan yang kuat dengan prinsip kedaulatan undang-undang. Banyak pihak membahaskan tentang kedaulatan undang-undang, malangnya Perkara 181(1) Perlembagaan Persekutuan sering diabaikan. Perkara 181(1) penting kerana dalam peruntukan itu menjelaskan prinsip kedaulatan Malaysia. Makalah ini mengemukakan prinsip tadbir urus yang baik berlandaskan doktrin undang-undang Malaysia. Metodologi jurisprudens watan digunakan untuk menentukan prinsip kedaulatan dan doktrin undang-undang Malaysia. Dapatan menunjukkan prinsip Tadbir urus yang baik berteraskan konsep khalifah, keadilan dan syura. Tiga buah konsep tersebut melahirkan prinsip integriti, akauntabiliti, amar maaruf, nahi munkar, teliti, muhasabah, ketelusan, persamaan dan kebebasan. Dari aspek perlaksanaannya pula, prinsip Tadbir urus yang baik dapat dikuatkuasakan melalui prinsip kuasa eksekutif Yang di-Pertuan Agong. Kesimpulannya, implikasi kedaulatan watan tanah air memberi legitimasi kepada pemakaian prinsip Tadbir urus yang baik menurut Islam dalam kerangka undang-undang Perlembagaan Persekutuan. Tadbir urus yang baik berprinsipkan Islam bukan sahaja terpakai kepada Yang di-Pertuan Agong, malah kepada sesiapa sahaja yang melaksanakan kuasa eksekutif baginda. Kata kunci: Tadbir urus baik, jurisprudens watan, prinsip kuasa eksekutif Yang di-Pertuan Agong, Perkara 181(1)JURNAL ISLAM DAN MASYARAKAT KONTEMPORARI©PENERBIT UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN ISSN1985-7667•e-ISSN:2289-6325https://doi.org/10.37231/jimk.2020.23.3.233

Item Type: Article
Additional Information: Indexed by MY CITE
Uncontrolled Keywords: good governance, watanic jurisprudence, the principles of executive power of the Yang di-Pertuan Agong, Article 181(1).
Subjects: K Law > K Law (General)
Faculty/Division: Faculty of Industrial Management
Depositing User: PM. Dr. Wan Ahmad Fauzi Hashim @ Wan Husain
Date Deposited: 22 Feb 2023 06:39
Last Modified: 22 Feb 2023 06:39
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/36685
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item