Kepimpinan distributif terhadap efikasi kendiri dan kolektif Pentadbir dalam Pengurusan Organisasi Kokurikulum Sekolah Orang Asli

Mohd Zainul Abidin, Zakaria and Mohd Hanafiah, Ahmad (2022) Kepimpinan distributif terhadap efikasi kendiri dan kolektif Pentadbir dalam Pengurusan Organisasi Kokurikulum Sekolah Orang Asli. Jurnal Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan, 35 (1). pp. 1-15. ISSN 1511-4147. (Published)

[img]
Preview
Pdf
Kepimpinan distributif terhadap efikasi.pdf

Download (208kB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan Kepimpinan Distributif yang diamalkan oleh kalangan pihak pentadbir di sekolah-sekolah Orang Asli etnik Jakun di Pahang, dalam konteks pengurusan organisasi kokurikulum terhadap efikasi kendiri dan efikasi kolektif pihak pentadbir dan guru-guru pelaksana. Sekolah-sekolah kajian yang majoriti muridnya terdiri daripada Orang Asli etnik Jakun dipilih memandangkan etnik Jakun ini merupakan etnik yang terbesar menetap di daerah Rompin dan Pekan. Sehubungan itu, kajian ini berfokus kepada bagaimana usaha pihak pentadbiran sekolah dalam mengaplikasikan pendekatan kepimpinan distributif yang mampu memacu komitmen, efikasi serta menggembleng kepakaran guru-guru pelaksana agar dapat merancang serta melaksanakan program kokurikulum yang menarik serta terancang bagi membantu menarik minat pelajar Orang Asli etnik Jakun untuk hadir ke sekolah. Kajian ini bersifat kajian kes dengan menggunakan kaedah kualitatif (temu bual). Seramai 21 orang responden kajian yang terlibat iaitu terdiri daripada pihak pentadbir dan Setiausaha Sukan dan Kokurikulum. Dapatan temu bual telah dianalisis menggunakan perisian ATLAS.ti9 dan juga secara manual. Dapatan penyelidikan ini mendapati pemimpin di sekolah perlu mengamalkan kepimpinan pelbagai corak mengikut situasi yang wujud dalam sesebuah organisasi. Selain itu, agihan tugas dan penurunan kuasa juga harus dilakukan oleh pemimpin sekolah kepada guru bawahan serta memahami budaya setempat sebelum memperkenalkan budaya baharu di sekolah.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Kepimpinan Distributif, Efikasi Kendiri, Efikasi Kolektif, Pengurusan Organisasi Kokurikulum, Sekolah Orang Asli
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
Faculty/Division: Faculty of Industrial Management
Institute of Postgraduate Studies
Depositing User: Noorul Farina Arifin
Date Deposited: 07 Mar 2023 06:39
Last Modified: 07 Mar 2023 06:39
URI: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/37198
Download Statistic: View Download Statistics

Actions (login required)

View Item View Item